Status OKU bukan halangan duduk di booth, semangat Nani Acek wajar dijadikan contoh

Meskipun berstatus OKU, wanita ini tidak pernah menyalahkan takdir jauh sekali duduk diam tanpa sebarang usaha.

Rosnani Mohamad @ Nani Acek ketika dihubungi memberitahu dirinya diuji dengan masalah kesihatan apabila terpaksa memasang kaki palsu di kaki kiri.

“Saya ada sembilan beradik dan enam beradik disahkan OKU. Seorang dah meninggal dunia. Saya anak kesembilan dan yang paling bongsu.

“Mengikut kajian doktor sakit kami disebabkan faktor genetik iaitu ‘charcot merrie tooth disease’ yang mana kaki kiri mula membengkok ketika darjah 6, berawal dari demam panas.

“Masa di tingkatan tiga, tapak kaki diserang luka ulser, mula membengkok tapi saya kuatkan diri untuk berjalan dan bersekolah asrama hingga tamat sekolah,” katanya memulakan cerita.

Tambah Nani, ”Bukan hanya saya diuji begini malah suami juga sama. Suami mengalami masalah saraf di bahagian leher (juga OKU). Alhamdulillah suami masih bekerja sebagai rotation promoter di pusat beli belah AEON.

“Walaupun kami diuji dengan masalah kesihatan tapi bukan alasan untuk kami duduk diam dan hanya mengharap bantuan orang sekeliling. Selagi Allah SWT kurniakan kudrat Insha Allah saya dan suami akan terus berusaha untuk ubah nasib keluarga memandangkan kami memiliki seorang cahaya mata. Ini semua untuk masa depannya juga,” kata Nani.

Nani yang berusia 44 tahun memberitahu sebelum sertai Chocodap’s, dia aktif sebagai penjual minyak wangi dalam talian.

Walau bagaimanapun, hati Nani mula tertarik untuk sertai keluarga Chocodap’s sejak March tahun lalu.

“Masa PKP, saya lihat sektor makanan mendapat permintaan tinggi sebab ramai yang duduk rumah dan memilih untuk beli online.

“Saya pula masa tu duduk rumah, ambil anak sekolah dan dalam masa sama berniaga perfume online,” katanya.

Sambung Nani pada awalnya, anaknya hanya meminta untuk dibelikan coklat Almond Sesame.

“Tak sangka bila dia minta nak makan ‘coklat dinasour’ panggilannya untuk Almond Sesame, saya terus terbuka hati untuk daftar sebagai ejen.

“Sebenarnya saya memang minat berniaga cuma kekangan masa. Sebelum berstatus OKU saya pernah bekerja sebagai promoter baju di Metrojaya. Masa tu memang minat berniaga cuma tak cukup masa.

“Bila keadaan dah berubah begini, saya kena cari cara untuk jana duit poket. Takkan nak berharap dengan suami sahaja. Sebab itu saya pilih untuk fokus dengan bisnes coklat Chocodap’s. Alhamdulillah rezeki itu sentiasa ada,” kata Nani.

Dalam masa sama, Nani juga berkongsi berita gembira apabila dia berjaya naik ke tangga Commando selepas dua bulan menyertai Chocodap’s.

Tahniah Nani Acek, semoga terus sukses bersama Chocodap’s!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment