“Dulu tak minat nak mula tapi tengok isteri rancak berniaga, hati mula ‘tergoda’,” kata Mohd Zul Waqar Bin Juhar @ Zul yang merupakan suami kepada Noorhayati Che Razak.
Bergelar penjawat awam ketika ini, Zul berterima kasih kepada isteri tercinta kerana banyak memberi ilmu dalam dunia bisnes coklat.
“Mula-mula saya tengok dari jauh je dia berniaga. Lama-lama saya tertarik nak join, saya bantu dia COD kepada pelanggan dan promote Chocodap’s ke kawan-kawan pejabat.
“Baru dua tahun saya join Chocodap’s tapi impak yang saya dapat memang besar,” katanya.
Berbeza dari sebelum ini, Zul memberitahu duit hasil berniaga banyak membantu beri keselesaan kepada mereka sekeluarga.
“Saya masih bekerja, berniaga ni memang santai-santai je. Tapi santai pun banyak tolong duit belanja bulanan. Kalau dulu susah betul nak saving.
“Duit gaji bila dapat bayar komitmen, habis juga. Pendek kata, keadaan ekonomi keluarga tak macam sekarang.
“Saya tinggal di Terengganu. Bayangkan kalau nak keluar dari sini pun macam-macam saya kena fikir. Contoh kalau ada urusan kena ke KL, tengah bulan pula tu, pening dibuatnya.
“Kalau sekarang, Alhamdulillah bila isteri ajak pergi mana-mana, saya tak pening kepala dah. Duit tu cukup untuk tunaikan hajat isteri dan anak-anak,” ucapnya syukur.
Akui Zul, fokusnya kini untuk membahagiakan keluarga dan beri keselesaan kepada mereka. Ditambah dengan anak-anak yang sedang membesar, dia berharap dapat mempunyai simpanan yang cukup untuk beri pendidikan sempurna kepada mereka.
“Tengok mereka happy, saya lagi happy. Buat masa ini saya buat dua kerja. Kerja pejabat dan bisnes coklat.
“Terima kasih isteri kerana kenalkan saya dalam dunia bisnes coklat. Kalau tak sebab dia, saya mungkin tak berada di mana saya berada sekarang. Semuanya atas izin Allah SWT jua,” akhirinya syukur.