Bukan senang nak senang, berawal dari…

Kita throwback gambar lama founder, Ticer Sarah & Encik Farhan Zainuddin sikit petang ni!

Zaman anak-anak kecil lagi, tinggal pula di apartment lapan tingkat yang lifnya kejap OK kejap tak. Aduh…menguji betul!

Setiap hari naik turun tanggan postage /COD coklat termasuklah weekend. Anak-anak duk ‘berkampung’ dalam bilik operasi sampai lah tertido. Bilik penuh pulak dengan kotak-kotak coklat, botol-botol. We start from scratch guys!

2016, masih tahun penuh ujian buat kami. Sabar menanti pelangi yang belum lagi muncul. Apa yang kami tahu, Marketing dan Sales. Buat iklan hari-hari, pasti akan masuk order hari-hari. Waktu ni kami tak pikirkan sistem, tak fikirkan branding, tak fikir nak cari staff lagi. Yang kami tahu, letak iklan, jual dapat duit, tambah stock, simpan duit.

Bila kami start spend duit untuk tambah ilmu, kami start nampak peluang bisnes ni sangat besar, kami belajar bina impian yang lebih besar. Kami belajar naikkan branding. Kami belajar dan beranikan diri amik staff secara virtual dulu. Nak taip KISAH CHOCODAP’S dari awal, boleh buat buku la panjangnya. Kalau sejam Ticer nak sampaikan memang tak pernah cukup masa!

Ketahuilah, Tanpa KESAKITAN, kita takkan belajar hargai setiap nilai WANG yang masuk. Satu sen umpama setitik peluh dan air mata yang mengalir atas apa yang kita usahakan.

REJECTION, ORANG TAK TRUST, KENE KRITIK, KENE KUTUK, ORANG TAK HARGAI APA KITA BUAT, ORANG PANDANG RENDAH, ORANG NAMPAK TAKDA MASA DEPAN, ORANG KATA COKLAT NI YANG TAKDA SPM PUN BOLEH BUAT, TAK GUNA KAMI BERDUA BERLAJAR SAMPAI DEGREE TAPI AKHIRNYA JADI SAUDAGAR COKLAT JERRR…

Sebab tu apa sahaja masalah yang Chocodianz hadapai dah jadi asam garam kehidupan kami. Bukan mudah nak bertahan sehingga masuk tahun ke lapan. Ditikam, digigit, diperli dan macam-macamlah.

Tapi percayalah tanpa kesakitan tu semua, kita takkan berusaha nak berubah. Percayalah.

YAKINLAH DI SEBALIK HUJAN LEBAT, PASTI ALLAH AKAN HADIRKAN PELANGI INDAH UNTUK KITA SEMUA. INSYAALLAH.🌈

Salam sayang dari,
Ticer Sarah
Founder Chocodap’s

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment