Urghhh…hari pertama masuk pejabat, sindrom malas mula menyerang! Apa kena buat?

Seminggu bercuti, kini dah tiba masa untuk kembali ke pejabat. Teringat-ingat kampung halaman. Rasa macam sekejap betul dapat habiskan masa dengan family tercinta serta ziarah sanak saudara. Tapi itu minggu lepas, minggu ni? Cuti sudah habis bro!

Buat yang lemau di pejabat, boleh ikut cara di bawah ni. Jangan sampai malas menyerang sampai ke akhir Syawal pula. Raya memang sebulan tapi kerja kena tetap jalan ok?

1. Tukar mindset

Disiplin adalah kunci untuk kembali bekerja, sama ada di pejabat atau di rumah. Ulang dalam minda, tegas pada diri sendiri, jangan layan perasaan malas tu sangat! Ubah mindset bukan perkara mudah tetapi ia boleh dilakukan dengan usaha dan semangat.

2. Jangan buka e-mel

Alamak…banyaknya e-mel! Memulakan hari pertama kembali bekerja dengan memeriksa e-mel hanya akan membuatkan seseorang berasa kecewa dan hilang semangat apatah lagi melihat bilangan e-mel yang masuk. Periksa e-mel satu per satu, jangan scroll dari atas ke bawah laju-laju, pening dibuatnya nanti.

3. Kemas meja kerja

Seminggu meninggalkan pejabat, pastinya meja anda juga sudah berhabuk! Luangkan hari pertama kembali bekerja dengan membersihkan meja anda atau hias agar dapat membangkitkan rasa seronok untuk bekerja.

4. Buat jadual

Selepas lama bercuti, pasti ada yang sudah terlupa tugas apa yang perlu dilakukan sekembali ke pejabat. Senaraikan tugas yang perlu diselesaikan dan susun mengikut keutamaan untuk disiapkan dengan segera.

Dengan cara ini, ia dapat membuatkan anda lebih fokus terhadap pekerjaan dan tiada masa untuk melayan perasaan malas akibat terlalu lama bercuti.

5. Standby Chocodap’s atas meja

Makanan antara yang boleh mempengaruhi mood dalam diri. Ada yang bila makan je mengantuk, ada yang bila dimakan terus rasa bertenaga. Korang dah cuba makan Chocodap’s? Confirm badan tak rasa lemau! Semangat tu datang membuak-buat nak habiskan kerja sampai ke petang. Lagi best kalau korang dapatkan Chocodap’s Premium Box, boleh kongsi makan dengan rakan sepejabat.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment