Dua tahun bergelut dengan pandemik, kini tiba masanya untuk ‘All Out’ Beraya. Jom serbu booth Sha-Lina di AEON Wangsa Maju!

Kemeriahan Aidilfitri semakin terasa. Sana sini bazar atau kiosk menjual persiapan Aidilfitri kini rancak dibuka.

King Nooraishah @ Sha dan rakan niaga, Wan Norfadzlina Wan Nawawi @ Lina juga tak mahu melepaskan peluang untuk hangatkan kemeriahan Aidilfitri tahun ini dengan membuka booth Chocodap’s di dalam pusat beli belah di ibu kota.

“Dah dua tahun tak merasa buat persiapan Hari Raya all out macam tahun ni. Memang meriah betul kalau tengok orang lalu lalang dalam mall ni.

“Memandangkan negara sudah memasuki fasa peralihan endemik, sudah tentu ramai di antara kita yang ambil peluang untuk shopping sakan dan pulang ke kampung menjelang Hari Raya nanti.

“Atas faktor itu juga, saya dan Lina buka booth comel kami ini di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju sepanjang Ramadan ini. Kami percaya sambutan pasti luar biasa tahun ini memandangkan ramai yang nak ‘tapau’ kuih dan coklat untuk dibawa pulang ke kampung halaman,” kongsinya gembira.

Tambah Sha, ini merupakan pengalaman pertama dia berniaga di booth sempena bulan Ramadan.

“Pelbagai jenis coklat kami bawakan di sini. Ada 12 jenis kesemuanya. Yang plan nak balik kampung seminggu sebelum Raya, boleh cepat-cepat datang ke booth kami di sini dan borong coklat dan cookies Raya untuk bawa balik kampung.

“Buat masa sekarang, saya dan Lina take turn untuk pantau booth memandangkan kami dibantu dua staff di sana. Insha Allah team kami akan terus berkampung di sini hingga 30 Jun. Doakan agar bisnes coklat dan cookies Raya Chocodap’s laku keras dan licin ok?,” akhiri Sha.

Penyanyi Ameng Spring singgah ke booth Chocodap’s Sha-Lina

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment