Kejar pahala puasa, jom berinfaq bersama Kempen Ceria Ramadan Chocodap’s

Alhamdulillah…Founder & CEO Chocodap’s, Ticer Sarah dan En Farhan Zainuddin serta team Chocodap’s berpeluang menyampaikan sumbangan ke rumah Baitul Barokah Ummul Qura di Seremban, Negeri Sembilan.

Permulaan ramadhan ini, Chocodap’s menuju ke dua tempat pertama untuk menyalurkan sumbangan dalam bentuk coklat & chocokies Chocodap’s.

” Bila ticer tanya pernah rasa ke coklat nih? Semua kata belum dan kebiasaannya orang akan berikan sumbangan dalam bentuk beras dan keperluan asas. Sudah tentu mereka gembira bila terima makan dalam bentuk coklat dan cookies untuk raya ni,” ujar Ticer secara ringkas mengenai sesi yang berlangsung semalam.

Kepada anda yang berniat salurkan sumbangan sempena KEMPEN CERIA RAMADHAN BERSAMA CHOCODAP’S, hanya dengan RM10 sahaja Insha Allah dapat memberikan senyuman terindah buat anak-anak ini🥰

Program ini bertujuan mengajak orang ramai untuk mempertingkatkan amalan ibadah serta menzahirkan keprihatinan dan perasaan empati terhadap kesusahan yang dialami oleh insan lain terutamanya di bulan Ramadan yang mulia.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment