“Saya orang Indonesia pun boleh buat. Kalau saya boleh, anda juga pasti boleh,” kata ejen Chocodap’s, Vera Novita Bt Tan Hidayat yang berasal dari Bengkulu, Indonesia.
Kata wanita yang senang disapa sebagai Vera, meskipun dia melakukan pelbagai pekerjaan di sini, hatinya sudah terpaut untuk bergelar ejen Chocodap’s sejak dua tahun lalu.
Tambah Vera, dia bercita-cita untuk menghantar tiga anaknya yang kini sedang meningkat dewasa untuk mendapatkan pendidikan sebaik mungkin.
“Besar harapan saya dapat lihat anak-anak dapat mendapat pendidikan sempurna. Selain itu saya juga nak ada saving yang mampan untuk kesenangan hari tua kelak.
“Kalau saya cakap ni jangan terkejut tau dik. Saya ada cita-cita nak luaskan pasaran Chocodap’s di Indonesia (Pulau Jawa dan Sumatera). Penduduk di sana ramai dan saya yakin Chocodap’s boleh pergi jauh di sana. Cita-cita saya nak letak Chocodap’s di setiap mini market di beberapa daerah popular di sana.
“Kalau ada rezeki saya nak ajak saudara mara dan kenalan saya di sana untuk join Chocodap’s dan berjaya bersama. Doakan ya semoga segala keinginan saya jadi kenyataan satu hari nanti,” kata Vera.
Pada masa ini, Vera melakukan beberapa pekerjaan antaranya bergelar makcik kantin di Maahad Tahfiz l-Quran Al-Muhammadi Parit Medan Kundang Ulu, Tangkak, Johor.
Bukan itu saja, Vera juga mengambil tempahan makanan katering untuk majlis.
Walaupun sibuk dengan banyak kerja, Vera tetap komited untuk menjual coklat. Hasil usaha keras Vera berjaya membeli dua utas rantai tangan.
“Masih jauh perjalanan saya di Chocodap’s tapi saya percaya kalau usaha dan doa itu ada, Allah SWT juga pasti akan bantu kita. Niat saya berniaga nak beri keselesaan kepada ibu-bapa. Setakat ini saya ada beli peti sejuk dan televisyen untuk mereka. Alhamdulillah, syukur sangat.
“Doakan saya berjaya bawa jenama Chocodap’s merentasi negara pula selepas ini. Ada rezeki dapat juga saya pulang ke kampung selalu,” akhiri Vera.