Mula suka-suka, tak sangka jatuh cinta!

Kesibukan sebagai seorang guru agama tidak menghalang dirinya untuk melebarkan sayap dalam bidang bisnes.

Anora Gazi @ Anora, berasal dari Kuala Kurau, Perak memberitahu dia tertarik untuk menceburkan diri sebagai ejen Chocodap’s pada awalnya pada dasar suka-suka sahaja.

“Tak sangka bila dah cuba seronok pula. Saya percaya bisnes coklat boleh pergi jauh memandangkan makanan ini memang digemari ramai tak kira dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Permintaan memang banyak.

“Tambahan saya nak cari duit tambahan untuk ada simpanan masa depan dan berniat beli kereta. Atas sebab itu saya cuba nasib, Alhamdulillah makin selesa jadi usahawan Chocodap’s,” kata Anora.

Wanita yang lahir pada 5 September 1988 ini merupakan anak bongsu dari tujuh beradik. Pernah diusik dengan soalan “Mesti separuh jalan kan bisnes adik buat?”, Anora menganggap kata-kata itu sebagai semangat untuk terus mara dalam dunia bisnes.

“Saya nak buktikan kepada keluarga saya akan lama di sini walaupun sibuk sebagai guru. Sebenarnya sebelum saya join Chocodap’s, saya pernah cuba bisnes lain cuma setengah jalan sebab tak ada ilmu berniaga. Bila di Chocodap’s ada mentor yang akan ajar apa yang perlu dan tak boleh dibuat. Memang mudah bila di sini sebab kalau tak faham boleh rujuk ke leader saya, King Norashikin Yusoff.

“Insha Allah saya nak kekal di sini selagi ada kudrat dan sihat. Doakan saya,” kata Anora.

Tambah Anora, dia berniat untuk membantu orang sekeliling dengan bersama-sama berjaya sebagai usahawan coklat Chocodap’s.

Kalau dulu semuanya hanya cukup-cukup makan sekarang Alhamdulillah, keadaan semakin selesa.

Untuk rekod, Anora meraih jualan berkumpulan sebanyak RM 36,544.50 pada tahun lalu.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment