Persediaan lepas bersara, Kak Su rancang jual Chocodap’s dari sekarang

“Saya memang penggemar coklat tegar! Selalu juga borong coklat di Pengkalan Kubor pada hujung minggu, pergi pagi balik petang. Alhamdulillah dah jumpa coklat halal keluaran orang kita tak perlu rasa was-was lagi.” cerita Kak Su atau Suriani Bt Ibrahim.

Kak Su yang merupakan penjawat awam di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Kuala Terengganu memberitahu faktor dia menyertai Chocodap’s adalah salah satu persediaan hari tua.

“Insha Allah Kak Su nak jadikan Chocodap’s sebagai bisnes selepas pencen juga. Chocodap’s menyediakan platfom yang menarik dan Insha Allah mampu berkembang lebih jauh. Kak Su sekarang 47 tahun jadi akan pencen dalam beberapa tahun je lagi dari sekarang.

“ Jadi dari duduk rumah tak ada buat apa, baik Kak Su berniaga. Badan pun sihat bila bergerak ke sana ke sini, minda pun jadi cergas. Insha Allah doakan rancangan jangka masa panjang Kak Su berhasil,” katanya.

Bercerita pengalaman sepanjang bersama Chocodap’s, Kak Su memberitahu dia merupakan pembekal coklat di tiga cawangan pasaraya Sabasun Hyper Runcit Terengganu sejak Disember 2020 lagi.

“Saya teruja dengan sambutan pembeli. Ada satu masa tu, order pertama sebanyak empat kilogram tersadai kerana tak dapat penuhi order yang melambak. Terpaksa top up lapan kilogram pada minggu sama. Dahsyat betul penangan pembeli.

“Dalam masa sama saya berjaya naik ke level Commando dalam tempoh dua bulan pada Ogos 2020.

“Cakap pengalaman manis, saya dan team pernah buka dua booth di Pasaraya Mydin Dataran Austin selama tujuh hari. Alhamdulillah jualan hasil berada di sana pada 27 Feb-5 Mac 2022 dapat mencecah RM7,096. Syukur sangat sangat,” katanya.

Kak Su juga ada pesan untuk anda di luar sana, nak jana income lebih setiap bulan macam dia cepat-cepat sertai Chocodap’s sebagai ejen atau dropship sah sekarang. Jangan tunggu lama-lama ok?

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment