“Sebelum ni saya pernah berniaga jual simkad tapi agak payah nak close deal. Bila dah beralih ke bisnes jual coklat ternyata lebih mudah,” demikian kata Puan Nor, ejen Chocodap’s Damansara Damai.
Kongsi Puan Nor atau nama penuhnya Siti Nor Zulfikaini Mat Yaacob, dia tertarik untuk beralih angin memilih Chocodap’s atas beberapa faktor.
Yang pertama, jual coklat tak perlu penjelasan lebar untuk menarik perhatian pembeli.
“Tak payah banyak cerita, terus bagi taster. Bila dah makan pasti jatuh cinta dan repeat order Insha Allah ada. Saya sendiri juga penggemar coklat termasuk anak-anak yang suka kan coklat kismis.
“Yang kedua saya tertarik dengan cara founder Chocodap’s, Ticer Sarah yang bersungguh membantu para ejen aktif berniaga. Saya ikut rapat segala ilmu yang dikongsi di sosial media Ticer.
“Yang ketiga sistem ejen Chocodap’s teratur dan mudah difahami. Bila senang faham baru seronok berniaga. Yang penting saya jual produk yang saya sendiri pun makan. Coklat antara makanan yang dicari-cari oleh semua di seluruh dunia jadi tak susah untuk menjual,” katanya bersemangat.
Puan Nor yang sebelum ini bekerja di KFC memberitahu dia bermula sebagai Dropship lalu ambil keputusan untuk mendaftar sebagai ejen selepas melihat sambutan yang luar biasa.
“Waktu jadi Dropship saya selalu dapat order lebih RM 100 sehari. Jadi saya terfikir kenapa tidak saya daftar sebagai ejen dan simpan stok sendiri.
“Saya mendaftar sebagai ejen pada 27 Jun 2020. Sejak hari itu banyak pengalaman manis yang saya dapat.
“Saya melahirkan anak kedua pada 9 November 2020 dan pada bulan sama saya berjaya meraih jualan tertinggi iaitu RM 3891. Rezeki anak, Alhamdulillah.
“Saya duduk di bawah team Qhairunnisa Aziz. Kakak-kakak saya ada yang bekerja di hospital dan kilang jadi saya ambil peluang untuk promosi coklat di tempat kerja mereka.
“Ketika masih dalam pantang dan order pula banyak masuk, saya ligat membungkus coklat untuk pembeli. Syukur hasil berniaga ketika dalam pantang saya dapat belikan rantai leher dan anting-anting buat anak perempuan yang baru lahir. Rezeki anak… Alhamdulillah,” katanya.
Kalau nak tahu, bukan hanya Puan Nor yang ligat berniaga Chocodap’s malah turut dibantu suami, Abdul Muhaimi Abdul Ghani.
Tambah Puan Nor dia memasang niat untuk menambah baik rumah ibunya di kampung di masa akan datang dengan hasil berniaga Chocodap’s.
Bukan itu saja, Puan Nor juga berharap dapat menghantar kedua ibu-bapa ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah.
“Kalau ada rezeki saya juga memasang impian buka kedai coklat di Kelantan. Nama kedai itu nanti saya letak Coklat Sedap & Murah by Chocodap’s. Untuk yang membaca artikel ini doakan agar bisnes coklat yang saya usahakan ini terus mendapat sambutan seterusnya dapat merealisasikan kesemua impian yang saya nyatakan di atas. Insha Allah,” akhirinya.
M.Azam
03/02/2022 at 12:01 PMTerbaik noor..semoga terus berjaya skood