Terkejut lepas rasa Chocodap’s, kenapa tu Datuk Fazley?

Kalau belum datang, anda kena lelaju menuju ke pusat beli belah Aeon Nilai kerana kini berlangsung Nismilan Showcase 2021 yang turut menampilkan banyak pameran serta gerai makanan dan antara yang turut serta adalah booth Chocodap’s.

Kata Puan Mahanom Mohd Zin atau Kak Nom yang turut berada di sana memberitahu hari ini masuk hari keenam dia bersama team memeriahkan showcase berkenaan.

“Dasyat betul penangan orang-orang Nogori. Memang meriah support yang kami terima.

“Paling best, budak-budak atau mak bapak budak lalu booth kami, mereka nyanyi jingle Chocodap’s. Rasa bangga kejap bila lagu tu rupanya dah jadi siulan ramai,” katanya ketawa.

Lebih istimewa, selebriti dan juga peserta Gegar Vaganza musim kelapan, Datuk Fazley Yaakob turut singgah ke booth Chocodap’s, pagi ini.

“Terkejut juga bila Datuk singgah. Semalam tengok kat TV, harini nampak depan mata, teruja kami.

“Kami diberitahu Datuk Fazley ada program di sini pagi ini. Kami berpeluang bagi Datuk rasa coklat, dia puji dan sempat tanya Chocodap’s ni produk tempatan ke. Enaknya setanding produk luar dan dia terkejut bila kami beritahu Chocodap’s coklat tempatan. Alhamdulillah Datuk Fazley pun suka dengan rasa Chocodap’s,” kata Kak Nom.

Tambah Kak Nom, jumlah jualan pada hujung minggu lalu juga amat memberangsangkan iaitu sekitar RM15,000. Hebat bukan?

Nampak tak penangan Chocodap’s di Nismilan Showcase, korang jangan ketinggalan. Jom datang ke sana kerana acara akan berlangsung hingga 5 Disember sahaja.

Terus sokong produk tempatan, jom dapatkan Chocodap’s sekarang!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment