Luah hasrat tunai hasrat arwah ibu, Intan mula belajar berniaga demi…

“Kalau dizinkan-NYA, saya berhasrat nak buka kafe dan butik gubahan bunga satu hari nanti. Itu hasrat arwah ibu yang saya nak realisasikan,” kata Intan Shaheera Shaharum membuka cerita mengapa dia mula berjinak dalam dunia bisnes.

Intan yang lahir pada tahun 1988 ini, dia tidak pernah memiliki pengalaman berniaga sebelum ini. Kira Chocodap’s ini adalah percubaan pertama daripada Intan.

“Semuanya bermula ketika pandemik, saya hilang kerja. Tiga bulan saya duduk di rumah, tak buat apa-apa. Lama-lama saya jadi buntu. Takkan nak duduk diam selamanya kan?

“Saya kena buat something untuk dapatkan gaji. Tetapi saya faham dengan keadaan pandemik, agak terhad peluang saya untuk cari kerja yang saya minat.

“Satu yang pasti, saya memang chocolate lover. Sebab itu saya terfikir why not saya jadi jual coklat memandangkan saya memang hantu coklat,” katanya ketawa.

Pada awalnya, Intan agak risau tentang modal yang diperlukan untuk mula berbisnes. Mana tidaknya, dalam fikiran Intan, sudah terbayang-bayang modal empat angka untuk mula.

“Benda yang best dekat Chocodap’s kalau anda tak ada modal pun dah boleh mula. Asalkan ada smart phone dan line internet.

“Sekarang segalanya di hujung jari. Tak ada apa yang susah, bezanya cuma nak buat atau tidak saja.

“Banyak hal yang saya belajar bila dah bersama Chocodap’s. Dulu saya buta media sosial. Sekarang serba serbi kena tahu sebab nak iklankan coklat kena ad acara yang betul. Sebab itu saya belajar ilmu marketing online daripada leader-leader yang dah berjaya.

“Alhamdulillah, bila dapat tempahan gubah bunga daripada coklat, saya happy dan kalau dulu tangan tak berapa nak berseni, sekarang bakat tu dah kelihatan.

“Walaupun ada degree, saya rasa talent dan skill lain juga perlu ada. Dalam zaman sekarang, semua graduan perlu kembangkan kemahiran menjadi serba boleh. Baru boleh ‘hidup’ di mana-mana,”katanya.

Bercerita tentang impian dan harapan, Intan berhasrat untuk menyimpan wang untuk merealisasikan impian arwah ibunya.

“Arwah teringin nak buka kafe dan butik gubahan bunga tapi tak kesampaian. Saya percaya kalau saya rajin berniaga, Insha Allah saya dapat ada simpanan yang banyak seterusnya dapat tunaikan hasrat arwah. Doakan saya berjaya.

“Saya juga mahu ada pendapatan stabil dan bebas daripada hutang piutang di usia muda,” ujarnya.

Untuk rekod, Intan meraih jualan peribadi tertinggi pada Julai 2021 sebanyak RM 5,099 manakala jualan berkumpulan RM 11,015. Keep up the good work, Intan!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment