“Banyak hal yang berubah selepas saya sertai Chocodap’s. Kalau dulu saya berkira-kira sebelum membeli, sekarang Alhamdulillah dah tak susah hati lagi,” kata empunya diri, Ramnah Mosman atau mesra dengan panggilan Nana.
Meskipun memiliki pekerjaan dengan pendapatan yang stabil, Nana berani untuk keluar dari zon selesa dengan mencuba berniaga.
Berkhidmat di salah sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), Nana akui kehidupan di ibu kota memerlukan kos sara hidup yang agak tinggi.
“Bekerja dan menetap di sini seorang diri memerlukan saya perlu berdikari dalam memikirkan urusan kewangan. Maklum saja, saya menyewa rumah di KL manakala ibu-bapa di Johor. Kalau sebelum ini saya hanya bergantung kepada gaji bulanan jadi bila hujung bulan dah bayar semua bil, beri kepada mak abah, baki duit yang ada baru saya buat belanja.
“Itu belum masuk lagi duit pinjaman kereta dibayar ke bank. Pendek kata, sebelum ini kalau saya nak beli sesuatu memang kena keluar kalkulator, buat kira-kira dulu,” katanya tertawa.
Kongsi Nana, Chocodap’s berjaya merubah emosinya kerana tidak lagi risau atau stress untuk menunggu gaji pada hujung bulan.
Kata Nana, di Chocodap’s, siapa yang rajin pasti dia dapat hasil yang dimahukan.
“Saya masih ingat satu peristiwa bila nak pulang ke kampung, bateri kereta pula kong. Dalam dompet ada cukup-cukup duit saja untuk balik. Kalau saya guna, ‘masak’ saya nak tunggu hujung bulan.
“Menangis sendiri bila saya ingat balik waktu itu. Peristiwa itu yang membuatkan saya berjanji dengan diri untuk buat sesuatu agar ada duit di waktu kecemasan.
“Tambahan saya buat loan beli rumah pada April 2020. Saya fikir takkan saya nak harap pada satu sumber pendapatan. Risau sesak tengah bulan pula. Atas sebab itu saya mula sertai Chocodap’s dan Alhamdulillah saya tak lagi sesak macam dulu,” katanya.
Tambah Nana, dengan duit hasil berniaga Chocodap’s, dia berjaya mempunyai simpanan kecemasan dan mampu untuk sediakan wang ubah suai rumah baharunya.
Anak kelahiran Johor ini juga memberitahu dia juga menggemari coklat dan gembira kerana coklat, hidupnya sekarang lebih bahagia!
“Siapa yang tak bahagia kalau coklat boleh tukar jadi emas, jadi duit. Tiada yang mustahil dengan Chocodap’s. Yang penting, usaha,” pesannya.
Siti Noraini Mohd Noh
10/29/2021 at 2:46 PMWah..hanya dgn jual coklat mampu merubah kehidupan