Tak pernah terfikir nak berniaga, Cikgu Siti ubah fikiran selepas…

“Jujur saya kata sebelum ni saya tak pernah terfikir nak berniaga. Allah SWT gerakkan hati saya untuk sertai Chocodap’s selepas melahirkan anak ketiga dan pandangan saya mengenai dunia bisnes terus berubah selepas saya kenal dengan Chocodap’s,” ujar Siti Aminah Ibrahim atau dikenali sebagai Cikgu Siti.

Berusia 33 tahun, ibu kepada tiga orang anak ini juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Jitra, Kedah.

Kongsinya, dia terbuka hati untuk memulakan bisnes selepas habis berpantang anak ketiga pada tahun lalu.

“Bila anak dah masuk tiga orang, tanggungjawab jadi lebih besar. Kos hidup juga mencabar pada waktu ini. Walaupun saya bergelar seorang guru dengan bergaji tetap setiap bulan, saya tak boleh sentiasa duduk di zon selesa.

“Kalau boleh saya nak ada simpanan untuk pembelajaran anak-anak. Kalau ada simpanan yang mampan, boleh saya bawa anak-anak pergi bercuti jauh sikit bila cuti sekolah nanti (jika pandemik dan berakhir), Insha Allah,” katanya.

Menetap di Jitra, cikgu Siti turut berkongsi pengalaman manis dan pahit sepanjang bergelar usahawan Chocodap’s.

“Saya mula dengan pahit dulu. Pernah satu hari tu saya pos coklat ke pembeli, sampai ke tangan dia, coklat dah cair disebabkan masalah courier yang mana coklat ‘peram’ terlampau lama sebelum sampai ke tangan customer. Hampir sebulan juga coklat ‘sangkut’ waktu itu. Tetapi masalah dapat diatasi selepas saya ganti semula duit pembeli. Jangan salah faham, bukan kualiti coklat yang tidak bagus cuma masalah courier. Mungkin disebabkan coklat itu disimpan lebih sebulan di tempat yang suhunya mungkin tidak sesuai dan panas.

“Kalau kenangan manis, saya dapat merasa ‘duit raya’ cecah RM4000 hasil berniaga coklat pada musim Aidilfitri. Memang laku keras waktu itu. Sana sini orang order Chocodap’s. Betul apa yang kita selalu dengar, coklat ni memang dapat permintaan tinggi lebih-lebih lagi musim perayaan,” katanya.

Cikgu Siti kini menduduki tangga Commando dengan hasil jualan berjumlah RM15,000 sejak Mei 2021.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment