Adam sahut cabaran, keluar zon selesa teroka bisnes coklat, “Walaupun keluarga tak berapa setuju tapi…”

“Saya nak buktikan kepada mak ayah yang jual coklat juga mampu berjaya. Sekarang dalam proses mendaki, doakan saya ya,” kata Muhammad Adam Abdullah @ Adam yang aktif bersama Chocodap’s sejak tahun lalu.

Baru berusia 24 tahun, anak muda berasal Ipoh, Perak ini memasang niat untuk bekerja sendiri selepas menamatkan pengajian di peringkat Diploma, baru-baru ini.

“Saya memang suka berniaga. Sebelum ini saya memang ada berniaga beberapa produk tapi tak menjadi.

“Saya faham kenapa mak ayah saya tak berapa setuju untuk saya teruskan bisnes kerana bimbang dengan masa depan saya, risau kalau tak menjadi lagi.

“Di Chocodap’s, vibe sangat lain apabila dikelilingi usahawan yang positif dan beri semangat untuk tidak mengalah dalam bisnes. Kami dah macam adik beradik, support antara satu sama lain. Itu yang membuatkan saya sangat selesa untuk kekal di Chocodap’s,” katanya.

Kongsi Adam, sebelum ini dia pernah bergelar guru tuisyen sebelum pusat tuisyen itu akhirnya menamatkan operasi selepas pandemik menyerang negara.

Enggan duduk diam sahaja di rumah, dia nekad buktikan sesuatu kepada seluruh ahli keluarga yang risau akan masa depannya kerana tidak bekerja tetap walaupun sudah menamatkan pengajian di universiti.

“Bila berjumpa pasti ada family yang tanya, kenapa tak cari kerja betul. Saya diam sahaja. Dalam masa sama saya berusaha keras untuk berjaya di Chocodap’s. Saya percaya kalau bekerja keras dan bersungguh-sungguh, saya mampu menjadi usahawan coklat dengan gaji 4-5 angka setiap bulan.

“Bukti ramai yang saya dah jumpa depan mata. Ramai jutawan coklat yang sudah dihasilkan di Chocodap’s. Nak berjaya, kita kena fikir dan berkata benda-benda yang baik. Semua itu bakal jadi doa, Insha Allah. Doakan saya ya,” katanya yang kini di peringkat Commando.

Untuk rekod, Adam meraih pencapaian luar biasa dengan jualan berkumpulan sebanyak RM 51, 945 (Jan- Oktober 2021).

Lebih membanggakan, dengan hasil berniaga, Adam mampu untuk menyediakan kelengkapan di pejabat termasuk Wifi. Semoga terus sukses bergelar usahawan coklat buat adik Adam, Insha Allah!

Comments

  • Nor Azila
    10/13/2021 at 3:57 PM

    Tahniah Adam. Semoga terus berjaya

Add a comment