“Punca pendapatan suami terputus seketika lantaran pandemik yang menyerang dunia sejak tahun lepas tidak mematahkan semangat malah kami berusaha untuk mencari pendapatan dengan cara berniaga,” ujar Puan Sakinah Repangi.
Kongsi Sakinah, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada Julai lalu bersyukur dengan rezeki yang diperoleh melalui Chocodap’s dapat meringankan beban mereka sekeluarga.
Tambahan, Sakinah yang menyertai Chocodap’s sejak Februari 2021 memberitahu meskipun masih baharu dalam dunia coklat, dia gembira dengan perubahan hidup hasil berniaga coklat.
“Pada awalnya, saya bermula sebagai Dropship memandangkan situasi kewangan saya tak berapa mengizinkan waktu itu. Saya mula mendaftar sebagai ejen untuk ambil stok sebanyak 2 kilogram pada April. Waktu itu bermodalkan RM 170, coklat licin dalam dua hari sahaja.
“Saya restock lagi memandangkan permintaan memang kencang sepanjang Mei hingga Julai. Kebetulan pada Julai saya melahirkan anak ketiga. Jadi suami ambil alih tugas saya dalam urusan membungkus dan juga menghantar coklat ke pelanggan. Alhamdulillah hasil berniaga Chocodap’s, dapat saya dan suami membuat simpanan untuk waktu kecemasan,” katanya.
Tambah Sakinah lagi, dengan kos hidup yang agak tinggi di Johor Bahru ditambah dengan kelahiran cahaya mata ketiga, dia tidak boleh sentiasa mengharapkan gaji pejabat sahaja dan perlu mencari inisiatif untuk menambah pendapatan sampingan.
“Anak pertama saya berusia 11 tahun, kedua 8 tahun dan ketiga baru sahaja masuk dua bulan. Maklum saja sekarang semuanya perlukan duit. Walaupun saya ada kerja tetap sebagai pembantu tadbir, saya perlu bantu dan beri sokongan kepada suami ketika dia terjejas.
“Di Chocodap’s, kalau kita rajin dan agresif, hasilnya pasti besar. Untuk dapat jualan empat angka itu mudah jika kita praktikkan ilmu yang kita dapat dari founder Chocodap’s atau team leader sendiri,” kongsinya.
Pada masa ini, dia berada di peringkat Commando dengan mempunyai 23 Dropship di bawah team Sakinah.
Untuk rekod, wanita berusia 35 tahun ini berjaya memperoleh jualan peribadi sebanyak RM 5230 pada September lalu. Semoga terus sukses, Sakinah!