Pernah mengusahakan tadika, Puan Iliyana Idrus terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan perniagaan atas faktor masalah kesihatan.
Pada tahun 2017, Liyana berdepan penyakit tulang belakang yang menyebabkan dia terlantar di katil selama dua tahun.
“Sebelum ini saya mengusahakan sebuah tadika tetapi disebabkan jatuh sakit, saya hentikan operasi. Bukan sebab itu sahaja, pemilik rumah yang saya sewa untuk jadikan tadika itu juga mahu menjual rumah itu.
“Dua sebab ini, saya terpaksa melupakan hasrat untuk berniaga. Dalam masa sama, saya mahu fokus untuk pulih semula. Saya dimasukkan ke hospital pada Mac 2017 memandangkan keadaan kesihatan saya tidak begitu baik pada waktu itu. Tahun seterusnya pada 2018, saya terlantar di katil. Makan, minum, mandi semua di katil sahaja.
“Alhamdulillah, tahun 2019 menampakkan sinar apabila saya dah mula boleh berjalan, bangun, makan dan minum. Alhamdulillah. Bila dah sihat sikit, saya terfikir untuk cari kerja dari rumah memandangkan sebelum ini saya terbiasa sudah bekerja,” kongsinya.
Liyana yang berusia 32 tahun ini mula sertai Chocodap’s pada September 2020 selepas tertarik dengan perkongsian yang dibuat oleh ibu saudara angkat di Facebook Live.
“Masa tu, dia (Puteri Zainatul) berkongsi mengenai manfaat sebagai ejen Chocodap’s. Apa yang membuatkan saya lebih tertarik, boleh mula bisnes tanpa modal. Terus saya ambil peluang dengan mendaftar sebagai ejen.
“Bulan ini genap setahun saya bersama keluarga Chocodap’s. Tak terasa masa berjalan sebab seronok mengusahakan bisnes coklat ini. Kalau ditanya pengalaman berniaga, memang perasaan tu manis-manis rasanya macam Chocodap’s juga,” katanya ketawa.
Berada di level Captain, Liyana berharap agar jenama Chocodap’s terus mendapat tempat di hati penggemar coklat seterusnya dikurniakan kesihatan lebih baik untuk kembali aktif berbisnes.