Klinik Khas Captain Chocodap’s 2021

Pernah tak anda post menjual barang tapi tiada yang sudi like atau komen. Rasa macam syok sendiri bercakap sorang-sorang je menjual di fb wall peribadi. Sampai bila kan?

Ini peluang anda mendapatkan ilmu daripada ‘otai-otai’ Chocodap’s untuk mengoptimumkan strategi jualan coklat atas talian.

Esok, bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Chocodap’s, Ticer Sarah & Encik Farhan Zainuddin, serta tiga lagi King Chocodap’s, Puan Norashikin Yusoff, Puan Nurazrah Hanem dan Puan Nursalfarina Awaludin untuk berkongsi ilmu bagaimana meningkatkan jualan untk perniagaan.

Ketahui cara bagaimana melayani pelanggan, meningkatkan usaha pemasaran supaya bisnes lebih ‘meletop’, close jualan lebih kerap!

Kalau anda betul-betul minat berniaga tetapi kurang keyakinan untuk dekatkan diri dengan pelanggan berpotensi, sertai sesi Zoom Klinik Khas Chocodap’s esok untuk kelas Kuasai Facebook personal, teknik jajahan Facebook Group Power & teknik letupkan Instagram!

Bagi King Nursalfarina Awaludin yang bakal berkongsi ilmu pada esok hari, dia mengalu-alukan agent untuk turut serta mendengar perkongsian yang bakal dibuat.

“Ini masanya anda gali ilmu dan dapatkan lebih ramai prospek pembeli. Selain itu, praktik ilmu yang dikongsi agar pembeli mengenali lebih dekat dengan seller. Apapun, jangan risau kerana di Chocodap’s pasti ada bimbingan yang akan bantu anda untuk ke langkah seterusnya,” kongsi Rina.

Paling menarik, ada sesi bermain games & pemenang akan mendapatkan hadiah istimewa. Jangan ketinggalan untuk sertai kami esok!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment