“Mengigil tangan saya masa nak balas komen di sesi live semalam. Tak sangka betul dipilih jadi pemenang utama,” kata pemenang peraduan cabutan bertuah sempena sambutan Merdeka yang diadakan di sesi Facebook Live anjuran Chocodap’s, semalam.
Fatin Aisyah Jamil, 30, mengaku terkejut apabila mendengar namanya disebut sebagai pemenang wang tunai RM 1000.
“Saya tengah makan waktu itu. Sebelah tangan pegang telefon. Tak sempat cuci tangan, tangan saya pula ada kuah melekat, saya cepat-cepat komen. Memang gembira sangat semalam. Alhamdulillah!.
“Lucunya, sampai melekit skrin telefon sebab saya nak komen cepat waktu itu,” katanya ketawa.
Kongsi Fatin, dia menyifatkan kemenangannya sebagai rezeki atas kesabarannya yang pernah diuji tiada pekerjaan selama dua bulan sebelum ini.
“Sebelum saya join Chocodap’s, saya duduk di rumah hampir dua bulan kerana tiada job. Mungkin juga ini rezeki daripada Allah SWT kerana saya bersabar ketika diuji.
“Saya mula mendaftar Chocodap’s sementara menunggu peluang pekerjaan. Alhamdulillah sekarang saya sudah bekerja sebagai anggota RELA yang bertugas di sempadan Johor- Singapura iaitu di Kompleks Sultan Abu Bakar Gelang Patah.
“Dalam masa sama, saya masih aktif bersama Chocodap’s,” katanya.
Berkongsi pengalaman sebagai anggota RELA, Fatin memberitahu dia sudah menyertai Jabatan Sukarelawan itu sejak tahun 2015 dan seronok dengan pekerjaannya.
“Mungkin ramai yang tak minat dalam bidang pekerjaan ini. Setiap pekerjaan ada susah dan senang. Bagi saya kalau dah sarung uniform, susah kena tolak ke tepi. Ini amanah yang diberi dan perlu digalas dengan ikhlas. Bila ikhlas, hari-hari semangat nak ke tempat kerja walaupun dalam cuaca panas.
“Zaman sekarang tak boleh memilih pekerjaan. Apa sahaja yang datang, saya cuba lakukan dengan terbaik,” pesannya.
Bagi yang tinggal di Johor Bahru dan berhampiran, anda boleh layari laman sesawang ini untuk mendapatkan Chocodap’s yang diusahakan oleh Fatin. Buat Fatin, semoga terus sukses ya!