“Mama, boring lah duduk rumah lama-lama”
Pasti ada daripada anak-anak anda yang pernah menyuarakan hal ini kan? Bukan sehari dua anak-anak kecil duduk di rumah. Kalau dihitung, sudah lebih setahun mereka tidak ke mana mana sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sampailah ia dilonggarkan ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Meskipun sudah banyak sektor dibuka dan banyak aktiviti dibenarkan, kebanyakan ibu bapa masih kurang berani membenarkan anak beriadah di luar kerana tidak mahu sebarang risiko. Apatah lagi apabila kita sering dingatkan bahawa kanak-kanak tergolong dalam kelompok berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 sekiranya terdedah kepada rantaian penularan wabak pandemik itu.
Bila dah terlalu lama di rumah, emosi bosan ini menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan penggunaan media elektronik berlebihan sehingga pada waktu malam seperti menonton filem, berbual dengan rakan dan kemas kini situasi pandemik yang boleh mengganggu pola tidur mereka.
Penutupan sekolah menyebabkan mereka perlu berada di rumah dalam jangka masa tertentu hingga tidak bebas melakukan aktiviti di luar yang mengurangkan hubungan sosial dan fizikal dengan orang lain
Sebagai ibu-bapa, amat penting peranan anda untuk memastikan si kecil tidak berdepan tekanan sepanjang tempoh pandemik. Takkan nak beri gajet 24 jam pula kan? Jadi why not rancang sesuatu yang menarik untuk mereka lakukan di rumah kan?
Ini senarai idea bagi aktiviti yang anda dan anak-anak boleh lakukan di rumah semasa PKP dilaksanakan.
1. Catat dalam diari bagi tujuan mencatat aktiviti harian anda sekeluarga.
2. Ini masanya untuk anda membuat kek atau biskut! Mana tahu, jika hasilnya enak, anda mungkin dapat menjana pendapatan baharu.
3. Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal. Ini sangat berguna bagi yang harus bekerja dari rumah kerana ia menjimatkan masa ketika perlu menyediakan makan tengah hari.
4. Tengok movie di rumah. Setiap malam, satu orang daripada ahli keluarga anda dapat memilih satu filem untuk ditonton.
5. Bersenam di rumah.
6. Lakukan countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.
7. Bantu anak-anak anda dengan kerja sekolah mereka.
8. Berteka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan lego.
9. Buat suatu senarai destinasi pelancongan dalam negara yang anda ingin lawati.
10. Kemaskan rumah anda. Selongkar barangan tidak terpakai anda dan ketepikannya bagi pemberian bantuan kebajikan.
11. Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.
12. Hiaskan rumah anda.
13. Berkelah atau mandi kolam di laman rumah.
14. Adakan panggilan video bersama saudara mara atau rakan-rakan anda! Jaga jarak tidak bermakna anda langsung tidak boleh bersosial, video call pun seronok!
15. Mulakan aktiviti berkebun di rumah.
16. Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh PKP ini.
17. Karaoke di rumah.
18. Makan Chocodap’s!
Justeru, dalam tempoh yang panjang ini, dengan kehidupan baharu yang anak-anak terpaksa lalui, tidak dapat dibayangkan bagaimana keluh-kesah jiwa mereka kerana sebelum ini mereka dapat bersama rakan dan bermain.
Kepelbagaian aktiviti itu perlu bagi memastikan keresahan jiwa anak-anak terubat, namun tidak pula terlalu diisi dengan kegiatan tidak berfaedah.
Inilah masa terbaik kepada ibu bapa untuk mencari alternatif terbaik supaya masa yang ada dapat diisi dengan penuh manfaat tetapi dalam masa sama tidak pula mengenepikan emosi anak-anak. Kita tetap bersama jaga kita.
Kredit: Mstar