“26 tahun saya berniaga, banyak pengalaman saya dapat belajar. Ada hari dapat banyak, ada hari hanya dapat RM 10 sehari,” kata Yong Miza atau Hamizah Hussin berkongsi pengalaman turun naik sebagai usahawan sejak remaja.
Akui wanita berusia 48 tahun ini jiwanya ‘terikat’ dengan dunia bisnes yang disifatkan mematangkan dirinya sekaligus mengajar agar tidak cepat berputus asa.
Kata Yong Miza yang kini aktif menjual Chocodap’s di booth sekitar Selangor, dia mula jatuh cinta dengan keenakan Chocodap’s sejak tahun lalu.
“Sekali gigit terus suka. Memandangkan saya memang suka berniaga, saya nampak peluang sertai Chocodap’s cerah sekali.
“Coklat makanan popular di serata dunia. Bukan hanya di Malaysia orang suka makan coklat. Jadi demand itu pasti ada. Tambahan Chocodap’s produk halal. Jadi saya terus nekad untuk sertai sebagai ejen pada Oktober 2021,” katanya bersemangat.
Yong Miza yang kini mengusahakan gerai jualan di pintu masuk Kompleks PKNS, Bangi gembira dengan sambutan diterima dari pelanggan Chocodap’s.
“Ramai yang datang membeli berulang kali. Syukur lokasi gerai di pintu masuk. Nampak Chocodap’s dalam rak, tak tanya banyak terus grab membeli.
“Alhamdulillah. Saya juga bakal buka gerai jualan di KIP Mall Bandar Baru Bangi bermula bulan Februari 2022. Lokasi gerai juga di pintu masuk. Kalau anda yang kebetulan di sana, sudi-sudi singgah cuci mata tengok Chocodap’s jualan Yong ya,” kata Yong menutup bicara.
Yong Miza juga meraih kutipan jualan tertinggi sebanyak RM 7,648 pada Disember 2021.
Keep it up, semoga terus sukses hendaknya! Insha Allah