Siapa kata cikgu tak power berniaga? Cikgu Mas mampu buktikannya!

Kalau dulu, dirinya memang tidak berminat untuk berniaga. Bergelar seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Mas membuatkan dia agak sibuk dengan kerjaya hakiki.

Ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat orang anak, sudah pasti sibuk dengan kerja di rumah pula.

Ujar Cikgu Mas atau Masnieda Mohamad yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan, dia mula tertarik untuk cuba berniaga selepas terjumpa seorang ejen Chocodap’s di Market Place, Facebook.

“Sebagai peminat nombor satu coklat, saya pun rajin scroll tentang coklat di Facebook. Tengah leka-leka scroll sekali ternampak iklan Chocodap’s dekat FB. Saya pun try tanya pasal Chocodap’s ni. Nampak macam best je berniaga coklat ni kan. Bila ejen explain tu macam syok pula. Tak fikir lama-lama terus saya ambil keputusan untuk daftar.

“Bila dah start menjual, Alhamdulillah sambutan memang best!. Macam saya bekerja di sekolah, ramai kawan-kawan cikgu di sekolah yang order. Seronok sangat,” katanya.

Mas yang berusia 39 tahun memberitahu sebelum kenal dengan Chocodap’s, dia bukan jenis seorang yang aktif di media sosial tetapi segalanya berubah selepas join Chocodap’s.

“Nak berniaga tak boleh nak segan sangat. Nanti orang tak tahu kewujudan produk kita. Betul tak?

“Bila dah mula berjinak dgn bisnes ni, saya mula aktif di Facebook. Kalau dulu susah saya nak up status WhatsApp, sekarang dah lebih yakin. Tambah pula dpt ilmu bisnes dalam Chocodaps, saya mula apply ilmu yang diajar. Alhamdulillah saya dapat rasa makin grow. Namun masih jauh perjalanan dalam Chocodap’s ni untuk kak Mas bantu lebih ramai di luar sana untuk sama-sama cari pendapatan lebih,” kongsinya bersemangat.

Lebih dua tahun bersama Chocodap’s, banyak perubahan positif dilaluinya dan Mas mahu terus konsisten untuk jangka masa panjang demi merealisasikan impiannya untuk bebas hutang di usia muda.

Tambahan, Cikgu Mas sudah menampakkan hasil selepas dua tahun berniaga coklat.

“Saya mula kumpul duit hasil untung chocodaps untuk selesaikan hutang. Tapi sebelum tu, perlu penuhi keperluan keluarga dulu, tukar kereta yg lebih besar memandangkan anak dah bertambah dan membesar. Alhamdulillah, hasil berniaga saya dpt bayar down payment kerete hasil duit Chocodap’s yang dikumpul,” akhirinya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment