Tag: usahawan coklat

Mar 30
Siapa kata cikgu tak power berniaga? Cikgu Mas mampu buktikannya!

Kalau dulu, dirinya memang tidak berminat untuk berniaga. Bergelar seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Mas membuatkan dia agak sibuk dengan kerjaya hakiki. Ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat orang anak, sudah pasti sibuk dengan kerja di rumah pula. Ujar Cikgu Mas atau Masnieda Mohamad yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan, […]

Mar 28
Kedai baru, semangat pun baru! Butik coklat Puan Masya mula dibuka di Sky Awani 2

“Syukur dan lega sejak ada ruang untuk letak coklat dan ruang niaga,” demikian kata Puan Masya Syari yang kini menguruskan butik coklat miliknya. Kongsi Masya, kedai coklat Chocodap’s berkenaan mula beroperasi sejak Januari 2021 yang menempatkan kesemua stok coklat jualannya. “Sejak join Chocodap’s pada tahun 2020, masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, semuanya saya […]

Mar 23
‘Naik hantu’ atas pentas, Kak Azdah terkejut saat nama diumum menang Laptop

“Punya lah excited menang laptop haritu, sampai saya menari macam naik hantu atas pentas,” kata salah seorang pemenang cabutan bertuah MARVEL 4.0 yang berlangsung pada 12 Mac lalu. Demikian kata Puan Nor Azdah Bt Meor Azid @ Kak Azdah yang amat teruja memenangi komputer riba jenama HP, baru-baru ini. “Alhamdulillah Alhamdulillah…macam tak percaya dapat menang […]

Mar 22
TERBAIK! Lepas beli rumah Kak Nad buka butik coklat pula

Kedatangan Ramadan tahun ini lebih bermakna buatnya! Ini kerana cita-cita untuk memiliki butik coklat di Juasseh, Negeri Sembilan milik Kak Nad atau nama penuhnya Nurul Nadhirah Abdul Jalal akhirnya menjadi kenyataan. Kongsi Kak Nad, butik coklatnya sudah mula beroperasi sejak 15 Mac lalu. “Syukur Alhamdulillah impian Kak Nad dan suami untuk ada kedai sendiri terlaksana. […]

Mar 18
Kak Diba kongsi pengalaman jual coklat tepi pantai “Takde yang beli tapi…”

“Saya amat menitik beratkan status halal untuk produk makanan jadi bila dah jumpa Chocodap’s ni terus saya ‘lock’,” kata Sharipah Adibah Syed Ahmad atau Kak Diba memulakan cerita bagaimana dia terpaut hati untuk serius bersama Chocodap’s. Jelas wanita berusia 38 tahun bekerjaya sebagai guru ini, selain status Halal, Chocodap’s juga dijadikan pilihan ketika melakukan aktiviti […]

Mar 16
Mula suka-suka, tak sangka jatuh cinta!

Kesibukan sebagai seorang guru agama tidak menghalang dirinya untuk melebarkan sayap dalam bidang bisnes. Anora Gazi @ Anora, berasal dari Kuala Kurau, Perak memberitahu dia tertarik untuk menceburkan diri sebagai ejen Chocodap’s pada awalnya pada dasar suka-suka sahaja. “Tak sangka bila dah cuba seronok pula. Saya percaya bisnes coklat boleh pergi jauh memandangkan makanan ini […]

Mar 15
HEBAT! Umur baru lapan tahun, adik Danish Go gigih promosi Chocodap’s keliling kampung

Kalau kanak-kanak seusianya masih ramai yang sibuk bermain ke sini sana, lain pula bagi adik Mohd Danish Go @ Danish. Baru je berusia lapan tahun, adik Danish dah pandai berdikari mencari duit dengan berniaga Chocodap’s. Pelajar tahun dua yang berasal Kota Kinabalu, Sabah ini memulakan langkah bergelar usahawan muda sejak November 2021. Mula kenal dengan […]

Mar 11
Tak sempat datang Marvel 4.0? Jangan terlepas sesi dalam talian ESOK!

KEJUTAN BUAT USAHAWAN YANG TIDAK DAPAT HADIR PROGRAM MARVEL 4.0. Kami faham kesibukan anda dalam situasi pandemik yang melanda, ada juga usahawan yang dilanda musibah banjir, perlu mengundi pada hari yang sama dgn Event Marvel. Kami berbesar hati menganjurkan EVENT MARVEL 4.0 menerusi ZOOM. Kelebihan Join Zoom Online MARVEL 4.0 1) Dapat join full session […]

Mar 09
Persediaan lepas bersara, Kak Su rancang jual Chocodap’s dari sekarang

“Saya memang penggemar coklat tegar! Selalu juga borong coklat di Pengkalan Kubor pada hujung minggu, pergi pagi balik petang. Alhamdulillah dah jumpa coklat halal keluaran orang kita tak perlu rasa was-was lagi.” cerita Kak Su atau Suriani Bt Ibrahim. Kak Su yang merupakan penjawat awam di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Kuala Terengganu […]

Mar 07
Buntu cari jalan nak bantu suami, ibu lima anak ini berjaya buktikan ‘The Sky Is The Limit’

“Kalau dulu saya buntu sangat mana nak cari duit tolong suami. Ya lah anak-anak masih kecil, saya tak boleh harap pada suami saja seorang bekerja,” ujar Nur Anis Azira Ariffin atau mesra disapa sebagai Anis. Berkahwin di usia 19 tahun dan kini memiliki lima orang anak, ditambah pula tinggal di bandar Seremban 2 sudah pasti […]