Kaki kanan lumpuh dilanggar lari, Haffis kongsi pengalaman sebelum bangkit, “Saya pernah rasa nak bunuh diri, tak sanggup nak…”

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’

Tahun 2017 ibarat mimpi ngeri buat Alhaffis Ismail yang mengalami kecederaan parah selepas terlibat dengan kemalangan di Kuala Selangor.

Kongsi lelaki berusia 35 tahun ini, dunianya seakan terhenti apabila doktor mengesahkan kaki kanannya lumpuh dan tidak lagi mampu berjalan seperti biasa.

“Masih segar dalam ingatan kejadian yang merubah kehidupan saya sejak itu. Kejadian berlaku pada Ramadhan 2017, ketika itu saya dalam perjalanan balik ke rumah sebelum waktu bersahur memandangkan saya bekerja shift malam.

“Sudah tertulis nasib apabila saya dilanggar lari pada pagi itu. Mujur kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai makan. Walaupun berlaku pada awal pagi, nasib baik ada pekerja yang berada di kedai itu dan nampak keadaan saya yang dah tercampak ke dalam parit.

“Tak dapat saya bayangkan nasib saya sekiranya tiada siapa yang perasan kejadian itu. Saya dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan sendi di bahagian pinggang saya hancur dan kaki kanan saya lumpuh. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa sedihnya hati saya pada ketika itu. Tetapi saya reda dan bersangka baik, pasti ada hikmah di sebalik kejadian itu,” katanya.

Atas faktor kesihatan, kontrak Haffis yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) ditamatkan dan dia dimasukkan ke Pusat Rehabilitasi Melaka selama dua tahun untuk menjalani terapi.

“Tipulah kalau saya cakap saya tak down. Pernah satu ketika saya rasa macam nak bunuh diri sebab saya tak nak susahkan sesiapa. Tetapi cepat-cepat saya istighfar dan fikirkan saya masih ada keluarga yang sayangkan saya.

“Sejak tinggal di pusat rehab, motivasi saya kembali bangkit. Kalau sebelum ini saya selalu rasa down dengan nasib yang menimpa, perlahan-lahan rasa itu hilang dan saya temui semula semangat untuk meneruskan kehidupan memandangkan saya mempunyai ibu dan anak-anak yang saya sayangi.

“Ketika berada dia rehab, saya berkenalan dengan ramai individu yang juga diuji dengan masalah kesihatan seperti saya. Dalam ramai-ramai, saya rapat dengan Aida dan selalu berkongsi cerita.

“Aida ada menyuarakan cadangan untuk memulakan bisnes makanan dan dia minta untuk saya carikan jenama bersesuaian dan mudah diuruskan. Selepas beberapa hari mencari, akhirnya saya jumpa iklan Chocodap’s yang mencari ejen. Alhamdulillah, Allah permudahkan usaha untuk mula berniaga,” katanya yang menyertai Chocodap’s sejak Jun 2020.

Untuk permulaan, dua sahabat ini memulakan bisnes bermodalkan lapan kilogram coklat dan menariknya, stok dapat dihabiskan dalam masa dua hari sahaja.

“Walapun saya tinggal di Puchong manakala Aida tinggal di Segamat, kami tiada masalah untuk bekerjasama menjual Chocodap’s. Tugas saya menguruskan hal-hal berkaitan pemasaran dan Aida menguruskan bab menghantar mengambil stok.

“Stok coklat ada yang disimpan di rumah tetapi untuk pelanggan yang memerlukannya mereka akan datang ambil sendiri kerana mereka faham keadaan saya yang tak mampu berjalan pada masa ini.

“Alhamdulillah selepas setahun berniaga coklat, saya mampu menjana duit poket sendiri dan dapat hulurkan duit untuk keluarga dan bantu mereka. Selain itu saya juga berpeluang untuk berinfaq kepada mereka yang memerlukan. Walaupun tak banyak tetapi saya faham situasi ketika tiada apa-apa kerana saya pernah berada di tempat itu, saya amat faham dengan rasa down itu bagaimana,” kongsinya lagi.

Selepas setahun bergelar ejen Chocodap’s, Haffis kini mampu menarik nafas lega dengan jualan sebanyak 51,405.50 bermula Ogos 2020 sehingga Disember 2020 manakala jualan tertinggi sebanyak RM 21,000 pada Februari 2021.

Comments

  • Muhammad Elyas Bin Tumiran
    07/30/2021 at 11:02 PM

    Alhamdulillah🤲..Teruskan mara kehadapan..awak idola saya..🤲💪

Add a comment