“Insha Allah bro mahu bangkit semula selepas keluar hospital,” itu luahan Bro Bob atau Munawir Omar yang baru saja selesai menjalani pembedahan, baru-baru ini.
Bro Bob dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak akhir April lalu bagi menjalani pembedahan memotong jari selepas disahkan mengalami jangkitan kuman.
Ketika dihubungi, Bro Bob masih bersemangat bercakap tentang bisnes meskipun sedang berjuang melawan kesakitan.
“Alhamdulillah selepas tujuh bulan melawan kesakitan bergantung dengan pain killer, akhirnya doktor potong jari selepas disahkan jangkitan kuman.
“Walaupun jari hantu dah tak ada, jangan ingat bro tak nak berniaga dah. Semangat untuk sambung bisnes tetap membara. Doakan bro sihat semula,” katanya.
Tambah Bro Bob yang masih berada di wad ketika ini, dia berazam untuk bangkit semula selepas lama berehat di hospital.
“Rindu nak berniaga dekat luar. Jika diizinkan-NYA bro target untuk masuk semula antara yang buat top sales tertinggi. Bro yakin boleh buat sebab pernah berjaya lakukannya.
“Doakan luka cepat sembuh. Boleh bro sambung aktif berniaga dan bina team semula seterusnya meroket ke puncak,” katanya memohon doa orang ramai agar dia segera sihat semula.
Sebelum ini, Bro Bob aktif berniaga di kawasan food truck HAS PATIN Batu Caves, Gombak berhampiran Petronas arah Selayang ke Gombak.
Semoga cepat sembuh, Bro Bob!
Terbaikk bro bob,teruskn perjuangan anda , semoga terus suksess dgn chocodaps..serta cepat sembuh ye..
Terbaik bro bob,semoga cpt sembuh dan dpt meneruskan perjuangan dgn chocodaps..good luck bro bob..
Terima kasih byk² bro kita sama bro
OKU PADA GELARAN TP
KEKURANGAN ADALAH KELEBIHAN
Semangat yang jitu! Moga Allah mudahkan segala urusan Bro Bob dalam bisnes Chocodaps
Semoga bro bob tetap semangat dan dipermudahkan segala urusan
Insya Allah boleh bob! Setahun lebih aku kenal & jd teammate ko…aku tau ko boleh…selagi x hilang kepala ke tbi ke…ko boleh punya lah!
Steady bro….In shaa Allah. Semoga berjaya & dipermudahkn segala urusan…
Liana Puspasari Binti Fadil
06/10/2022 at 8:41 PMSemoga En Bob bangkit berjuang berniaga. 💪 Selamat maju jaya! Kami tunggu yer.
Terima kasih kerana sudi support abg bob
06/14/2022 at 8:55 PMTerima kasih kerana sudi support abg bob