Pernah berniaga bermacam produk sebelum ini, ejen Chocodap’s Nordiana Kassim melalui pengalaman berbeza.
Kalau dulu susah baginya mendapatkan pelanggan datang untuk membeli semula tetapi ia tidak lagi sama selepas sertai Chocodap’s.
“Makanan lebih mudah, repeat customer mesti ada. Sekali dah suka pasti mereka datang semula.
“Berbeza dengan jual produk lain sebelum ini. Maksud saya tak perlu risau kalau stok lambat habis. Kira ada saja customer yang tanya Chocodap’s ada lagi tak? Saya tak perlu risau sebab kalau nak ambil stok pun tak banyak pun tiada masalah. Pendek kata tak risau masalah stok bertimbun di rumah sebab Chocodap’s sentiasa dapat permintaan penggemar coklat,” kata wanita berusia 40 tahun ini.
Berkongsi pengalaman awal bersama Chocodap’s, dia mula mendaftar sebagai ejen sejak April 2020.
“Waktu itu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama. Suami tidak bekerja ketika itu memandangkan PKP sedang dilaksanakan. Tak sanggup nak lihat dia bayar semuanya, saya cari jalan jana duit sendiri.
“Ternyata percubaan saya tak salah mendaftar sebagai ejen sebab dengan wang Chocodap’s saya dapat bantu suami bayar bil rumah. Alhamdulillah dapat juga bantu beli barang dapur untuk keperluan keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Diana juga pernah menerima ganjaran emas selepas berjaya mencatat jualan memberangsangkan.
Dalam masa sama, Diana juga aktif mengusahakan booth di bangunan pejabat Kerajaan di sekitar Johor Bahru.
“Saya baru sahaja selesai buka booth di Hospital Pontian. Sebelum ini pernah buka di Tabung Haji, JB dan pernah juga buka di PERSADA dengan team. Kami berjaya buat jualan mencecah RM7000,” akhirinya syukur.