HEBAT! Ayu sanggup redah sawah demi jual coklat

“Kalau ikutkan, sampai ke pencen pun belum tentu dapat pegang duit macam diterima sekarang,” luah Erdayu Rosli yang menyertai Chocodap’s sejak tahun 2018.

Merupakan penjawat awam yang berkhidmat di Kokdiang, Kedah, Erdayu atau lebih mesra disapa sebagai kak Ayu ini masih meneruskan kerjaya tetap namun dalam masa sama bergiat aktif sebagai ejen Chocodap’s.

Kata Kak Ayu, dia tidak menjadikan kesibukan di pejabat sebagai alasan untuk tidak mencari pendapatan sampingan.

“Saya memiliki tiga orang anak yang masih di bangku sekolah (11, 8 dan 6 tahun). Dapat duit gaji mesti habis belanja. Saya pula tidak memegang jawatan besar di tempat kerja, biasa-biasa sahaja.

“Pada 2018, suami pula bekerja di Perak. Tambahan banyak pakai duit untuk saya berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

“Dari situ saya mula terfikir cara untuk menambah pendapatan. Tak boleh harap pada kewangan sedia ada, harus ada insiatif untuk perbaiki taraf hidup,” kongsinya bersemangat.

Tambahnya, dia mula mengenali produk Chocodap’s menerusi laman Facebook ‘Saya Anak Perlis’. Di situ dia mula mendapatkan informasi mengenai produk coklat yang mula meniti di bibir penggemar.

“Masih ingat ketika itu saya bermula sebagai dropship sehingga bulan kedua, tempahan semakin tinggi.

“Saya ambil keputusan untuk menjadi ejen sah memandangkan mudah kerana stok ada dalam tangan,” katanya.

Berkongsi rahsia kejayaannya bersama pasukan Chocodap’s, kak Ayu menasihatkan individu di luar sana untuk buang sifat malu.

“Saya mengaku diri saya seorang yang pemalu tetapi saya perlu buang jauh sifat ini untuk berjaya dalam bisnes. Saya memberanikan diri untuk mempromosi produk coklat di Facebook.

“Saya akui salah satu kekuatan saya adalah memasarkan menerusi laman sosial kerana kalau berjumpa langsung, saya kurang bercakap orangnya,” katanya tertawa.

Sementara itu, wanita kelahiran Terengganu ini mengaku pernah meredah sawah dan kawasan perkampungan demi mencuba nasib menjual coklat.

“Pada awalnya suami ragu-ragu melihat kesanggupan saya masuk ke kampung-kampung untuk mempromosikan coklat.

“Namun selepas melihat hasil yang dapat, dia juga terkejut,” tambahnya.

Dalam pada itu, kak Ayu turut berbangga dengan team di bawah naungannya yang bekerja keras memahat jenama Chocodap’s sehingga hari ini.

“Jika mahu lakukan sesuatu lakukan dengan sepenuh hati sampai nampak hasil.

“Pesan saya juga, kalau berniaga biar fokus satu produk sahaja supaya tidak pening kepala. Jangan hilang fokus mahu siapkan ini, yang itu pula tak siap. Bimbang berserabut jadinya,” akhiri wanita berusia 35 tahun ini.

Lebih istimewa, akui kak Ayu, dia dapat menyediakan keselesaan kepada seluruh ahli keluarganya termasuk wang bulanan untuk ibu, bapa, mertua dan anak-anak.

Amacam semua? Jadikan kisah kak Ayu sebagai inspirasi untuk lebih berjaya ke depan. Tiada yang mustahil dalam hidup ini asalkan sentiasa berusaha. Selebihnya kita serahkan kepada yang maha Esa. Insha Allah!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment