Hasil survey, wanita Jepun bahagia dapat coklat manakala…

Valentine’s Day dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Jika di negara Jepun, topik mengenai Giri Choco atau pemberian coklat dari seorang wanita ke sahabat lelaki sebagai tanda penghargaan sudah mula dibincangkan. Maklumlah dah dekat kan?

Hari istimewa ini juga dikaitkan dengan Honmei Choco iaitu pemberian coklat yang diberikan daripada seorang wanita kepada lelaki yang mereka cintai.

Di sisi lain pula, Gyaku Choco adalah coklat diterima oleh wanita daripada lelaki di hari Valentine.

Situasi ini mungkin normal di Malaysia kerana wanita selalunya menerima coklat atau jambangan bunga daripada lelaki tetapi lain pula di sana. Gyaku Choco dilihat seolah menentang ‘tradisi’ lama Valentine.

Kajian dijalankan oleh syarikat jenama coklat Lotte di Jepun memperlihatkan 96.1% lelaki sangat bahagia menerima coklat di hari Valentine.

Tinjauan terhadap wanita pula menunjukkan 45.4% menanti pemberian coklat daripada suami dan kekasih, 21.3% berharap daripada rakan lelaki dan 9.2% menginginkan daripada anak lelaki mereka pada setiap 14 Februari.

Dalam pada itu, kaum lelaki diminta ‘membalas’ hadiah coklat diberikan semasa hari Valentine. Lebih menarik, hadiah itu perlu diberikan kepada kaum wanita pada setiap 14 Mac iaitu pada White Day.

Alahai…Sweet kan masyarakat Jepun, saling bertukar coklat sebagai tanda ingatan dan penghargaan.

Ehem…korang tak nak ke hadiahkan sekotak Chocodap’s untuk yang tersayang hari ini? 😋

Kredit: https://soranews24.com/2019/02/03/survey-shows-japanese-women-would-love-to-be-getting-some-chocolate-on-valentines-day-too/

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment