Asal dari keluarga susah, Jamuna faham perasaan golongan terjejas akibat pandemik, sebab itu…

Datang dari keluarga kurang berkemampuan, Jamuna Madhavan atau Muna menyifatkan pengalaman lalu mematangkan pemikiran untuk lebih tenang ketika berdepan cabaran.

“Ibu saya bekerja sebagai penoreh getah manakala ayah pula pemandu lori. Saya anak tunggal mereka. Lepas ayah meninggal, kehidupan kami di estet amat sengsara. Ibu saya dah tua dan tak mampu bekerja di ladang lagi.

“Ketika saya berada di Johor meneruskan pengajian, ibu saudara yang menjaga ibu saya sampailah saya habis belajar.

“Saya pernah berlapar sewaktu di kolej untuk menjimatkan duit elaun bulanan. Jadi, saya sangat faham perasaan keluarga yang tiada duit untuk beli barang keperluan harian. Sebab tu saya nak sangat bantu orang yg susah sebab saya pernah berada di tempat mereka,” katanya.

Muna yang kini merupakan seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Gapis Padang Rengas, Perak memberitahu walaupun sibuk menjalani tugasan di sekolah, dia masih mampu membahagikan masa berniaga secara kecilan dari rumah.

“Walaupun bergaji tetap setiap bulan, saya tak mahu terus berada di zon selesa. Saya suka untuk buat kerja sampingan memandangkan saya mahu cari duit tambahan. Setiap kali dapat gaji, saya akan lunaskan semua hutang atau pinjaman jadi baki yang tinggal tak banyak.

“Saya juga pernah gadai barang kemas sebelum ini. Mujur saya mula bisnes dengan Chocodap’s, kalau tak, mungkin sampai sekarang saya tak dapat tebus lagi emas itu.

“Kami sekeluarga bahagia dengan hasil yang kami terima dengan jualan Chocodap’s,” katanya yang pernah mengajar di SJKT Ladang Perak River Valley.

Menyertai Chocodap’s pada Jun 2020, Muna berterima kasih kepada team dalam bisnes Chocodap’s yang banyak membantunya merealisasikan impian sepanjang setahun ini.

“Saya rasa amat bersyukur kerana dapat masuk dalam circle positif dan hebat seperti Ticer Sarah, En Farhan Zainudin, Dr. Syida, Kak Sha-Lina (J2V), Raja-Karan sebagai customer pertama, DS-CP-CM-GN pertama saya yang sentiasa menyokong saya dan semua ejen JY Kingdom.

“Kejayaan bersama Chocodap’s juga tidak bermakna jika tiada doa daripada ibu yang sentiasa menyokong saya. Orang yang paling penting yang menjadi dorongan saya memasuki bisnes Chocodaps dan ‘MY BETTER HALF’ yang sampai sekarang membantu saya menjalankan bisnes ini dengan jayanya, suami tersayang Mr.Yap.

“Walaupun beban tugas hakiki saya menjadi ‘Roadblock’ utama, bimbingan & bantuan suami yang terus menjadikan saya kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan,” kongsinya.

Tambahnya lagi, dengan hasil berniaga Chocodap’s, Jamuna dapat melangsaikan hutang ibu-bapa yang tertunggak selama ini.

“Saya juga amat bersyukur kerana ibu dapat hidup selesa bersama saya. Selain itu, saya juga dapat bantu dengan beri duit dan makanan kepada golongan kurang berkemampuan setiap bulan. Pada bulan lepas, saya mendermakan duit dan keperluan kepada beberapa keluarga yang susah dan hilang kerja sepanjang pandemik ini. Saya rasa amat bersyukur, nikmatya tidak dapat saya jelaskan dengan perkataan,” ucapnya syukur.

Muna yang berusia 37 tahun ini memasang impian untuk bersara awal dan bebas hutang di hari tua kelak.

“Saya dah pun capai semau big why saya sebelum ni seperti membantu orang yang susah dan juga dapat langsaikan segala hutang sebelum berumur 40 tahun” akhiri Muna.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment