“Pada mulanya anak saya, Nurul Huda yang sepatutnya menjalankan bisnes Chocodap’s tetapi rancangan bertukar selepas dia pulang meneruskan pengajian di Mesir,” kata Puan Jasmani Saidin yang merupakan ibu kepada empat anak ini.
Jasmani Saidin atau mesra dengan panggilan Kak Jeh ini memberitahu anaknya Huda berada di Malaysia sejak pandemik bermula dan akhirnya pulang ke Mesir pada Oktober tahun lalu.
“Kalau ikutkan, dia sepatutnya balik sekejap sahaja tetapi sebab pandemik dia ‘tersangkut’ lama di sini. Bila dah lama kat sini, itu yang mula timbul idea untuk buat bisnes sementara menunggu masa nak balik ke Mesir.
“Huda mula berniaga coklat pada 23 Mei tahun lepas. Alhamdulillah penerimaan baik diterima. Dia pun dah mula seronok berniaga. Cuma bila dia dah kembali ke sana, saya teruskan bisnes Chocodap’s bersama seorang lagi anak saya, Yunus,” katanya.
Kak Jeh yang merupakan seorang guru dan menetap di Pasir Gudang turut berkongsi pengalaman dan cabaran berniaga sepanjang pandemik.
“Pengalaman manis ada, pahit pun ada. Yang manisnya saya dapat naik ke Komando dalam masa dua bulan seterusnya naik ke General empat bulan kemudian. Syukur Alhamdulillah saya juga berjaya rekruit ahli keluarga lain di bawah team sama.
“Dalam masa sama, saya berdepan dengan situasi getir di mana ada beberapa ejen yang menarik diri. Pada awalnya ketika dihubungi mereka hanya diam sahaja.
“Selepas itu saya dapat tahu yang ahli keluarga mereka dijangkiti Covid-19 dan mereka kehilangan ibu-bapa termasuklah salah seorang bapa saudara kepada ejen berkenaan yang ditidurkan. Kenalan mereka berada di pusat kuarantin. Hati saya sebak sebab tak dapat bantu mereka untuk terus buat jualan. Tetapi tak apa, saya faham. Situasi mencabar bagi semua orang pada waktu pandemik ini. Semoga dipermudahkan urusan buat kita semua,” akhirinya.
Untuk rekod, Kak Jeh meraih jualan sebanyak RM 26,000 sejak menyertai Chocodap’s. Semoga terus sukses, Kak Jeh & team!