Suri rumah tak boleh duduk diam, Roslida mula langkah berniaga coklat,”Pandemik atau tak pandemik, jual coklat memang SENANG,”

Selepas bergelar isteri sepuluh tahun lalu, Roslida Abdul Rahman atau mesra disapa sebagai Ida mengambil keputusan untuk bergelar suri rumah sepenuh masa.

Namun begitu, Ida tidak mampu duduk diam sahaja di rumah malah mencuba pelbagai jenis bisnes bagi mengisi masa lapang sekaligus dapat menjana wang poket.

“Selepas berhenti kerja, macam-macam bisnes saya dah cuba. Jual donut pun pernah tau!

“Saya uli dan goreng sendiri selepas itu saya hantar ke gerai-gerai berdekatan rumah. Saya memang kaki bisnes sejak dulu lagi Cuma waktu dulu saya belum jumpa yang betul-betul serasi,” katanya ceria.

Kongsi ibu kepada tiga anak ini, dia mula memikirkan produk makanan yang mudah diterima ramai dan tak susah untuk dijual.

“Maklumlah sebelum ini saya jual makanan yang memerlukan saya berada di dapur lama-lama. Jadi saya terfikir untuk jual makanan yang senang saya nak uruskan.

“Nak jadikan cerita, iklan Chocodap’s mencari ejen lalu lalang di timeline Facebook tahun lepas.

“Dalam hati terdetik “Eh syok juga kalau dapat berniaga coklat, dapur pun tak ‘lecak’. Jadi saya terus cari salah seorang usahawan yang dah Berjaya dengan Chocodap’s iaitu King Ainna. Dia insan yang beri saya tunjuk ajar mengenai selok belok bisnes Chocodap’s.

“Alhamdulillah dah hampir setahun saya dengan Chocodap’s, macam-macam perubahan yang baik berlaku dalam kehidupan saya sekeluarga,” katanya yang kini menetap di Pulau Pinang.

Bermula sebagai Kapten di Chocodap’s, Ida mengeluarkan modal sebanyak RM 200 termasuk penghantaran untuk permulaan.

“Kalau nak tahu time tu saya tak ada duit, saya pinjam duit raya anak. Alhamdulillah lepas dah mula berniaga, saya dapat ganti balik duit malah pulangannya pun berganda.

“Buktinya saya dapat beli barang kemas dengan duit hasil berniaga Chocodap’s. Kalau sebelum ini mampu tengok je sekarang saya dah mampu miliknya.

“Pendek kata, penuh lah cincin dekat jari ni. Kalau ada usaha nak ubah hidup, Insha Allah Tuhan juga pasti akan bantu,” katanya yang sentiasa positif dan ceria.

Sementara itu, Ida bersyukur mampu menghulurkan duit belanja kepada ibu tercinta yang berada di Jeli, Kelantan pada masa ini. Walaupun berjauhan, Ida memastikan ibunya turut dapat merasai keselesaan hasil dia berniaga.

Bukan itu sahaja, Ida juga nekad untuk membantu suri rumah di luar sana untuk menjana pendapatan walaupun dari rumah. Nak tahu caranya, ikuti Facebook miliknya, Roslida Rahman untuk ketahui caranya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Ida juga menitipkan pesan mengenai produk Chocodap’s yang semakin mendapat tempat di hati penggemar coklat.

“Satu je nak cakap, pandemik ke tak pandemik ke, jual coklat memang senang! Tapi kalau nak gerak lebih laju dalam bisnes, gerak dalam kumpulan. Semangat untuk berniaga itu akan lebih menyerlah bila kita gerak dalam pasukan. Apapun, kemenangan yang kita kecapi bila kita raikan bersama, memang seronok dia lain macam. Itu kata-kata King Ainna yang saya pegang sampai sekarang,” akhirinya.

Comments

  • Amy
    08/12/2021 at 3:19 PM

    Alhamdulillah syukur tahniah kk ida

Add a comment