Korban kerjaya demi jaga anak istimewa, Puan Masya sertai Chocodap’s dan lihat hasilnya…

Sembilan tahun lalu wanita ini pernah berkhidmat di syarikat Petroleum & Gas yang mana akhirnya Puan Syarifah Masya nekad mengucapkan selamat tinggal demi meletakkan fokus sepenuhnya kepada keluarga.

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengusahakan perniagaan dari rumah dalam membantu meringankan urusan suami dalam soal kewangan.

“Saya memiliki seorang anak istimewa (Autism) yang memerlukan perhatian teliti di rumah. Bukan tak mahu hantar dia ke pusat jagaan khas tetapi saya lebih berpuas hati untuk menjaga sendiri makan-minum dan dapat lihat dia membesar depan mata.

“Bila dah berhenti kerja, saya pernah cuba jual homemade coklat sebab saya memang suka makan coklat.

“Tapi lama kelamaan saya terfikir untuk cari bisnes yang mudah diurus. Tak perlu susah nak masak di dapur dan buat kerja ‘renyah’. Bila buat homemade coklat, semua perlu diuruskan sendiri dari urusan masak, bungkus, hantar makanan dan belum lagi masuk hal untuk pemasaran. Atas faktor itu, saya mula mencari bisnes produk coklat yang lebih mudah untuk saya uruskan,” katanya.

Tempoh pandemik yang bermula awal tahun lalu membuatkan semua diarahkan untuk berada di rumah demi memutuskan rangkaian wabak Covid-19. Sejak tahun lalu juga, Puan Masya aktif mencari peluang perniagaan yang sesuai dengan seleranya.

Pada Julai 2020, dia mula menyertai keluarga Chocodap’s sebagai ejen sepenuh masa.

“Kisah saya bermula bersama Chocodap’s apabila saya ternampak iklan di Facebook. Waktu itu nak dekat Aidilfitri tahun lepas, saya nak beli coklat untuk hidangan di rumah.

“Bila dah beli dan dah rasa, memang sedap. Terdetik dalam hati untuk menjual coklat Chocodap’s sebab dah tahu rasanya, memang best!

“Saya juga mula aktif di Facebook selepas bergelar ejen Chocodap’s. Kalau dulu gitu-gitu sahaja, tetapi saya perlu perbaiki cara pemasaran coklat jadi saya mula aktif di FB. Ternyata respon pembeli amat baik sekali,” katanya.

Kongsi Puan Masya lagi, selepas bergiat aktif sebagai penjual Chocodap’s dia dapat membantu suami yang diberhentikan kerja selepas pandemik bermula.

“Alhamdulillah saya dapat jana pendapatan dan bantu suami yang terjejas akibat pandemik. Sementara dia dapatkan kerja semula, saya dapat bantu dalam waktu kecemasan begini.

“Saya juga berhasrat untuk miliki rumah sendiri dan impian saya untuk hantar anak ke kelas terapi swasta terbaik selepas pandemik berakhir.” katanya.

Pada masa ini, Puan Masya mempunyai butik coklat di Setapak, Kuala Lumpur.

Untuk rekod jualan, Puan Masya berjaya mencecah lima angka pada tahun ini, RM 20,839.50 manakala jumlah jualan selama enam bulan bagi tahun 2020 sebanyak RM 16,490.

Comments

  • Siti Fadila
    07/28/2021 at 4:43 PM

    Alhamdulillah. Tahniah kak Masya.

    • K'Masya
      07/29/2021 at 5:22 PM

      Alhamdulillah…terima kasih Siti Fadila

  • Lieya
    08/18/2021 at 2:33 PM

    Tahniah kak masya semoga terus sukses.. Doakan lieya semoga jd macam kak masya jgk yek..

Add a comment