‘Rupanya Allah dah susun sesuatu buat saya,’- Cikgu hampir putus asa selepas…

“Saya rasa ini petanda dari Allah agar tidak putus asa dalam dunia bisnes,” kata Puan Sakinah Harun yang mula menyertai Chocodap’s sejak tahun lalu.

Merupakan seorang guru tetap, Cikgu Sakinah tidak menjadikan kesibukan di sekolah sebagai alasan untuk tidak berusaha mencari pendapatan sampingan.

Menurut ibu empat anak ini juga, dia pernah menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuklah memiliki sebuah kedai bakeri.

“Saya bukan jenis orang yang boleh duduk diam. Kalau duduk rumah tak buat apa, saya akan jatuh sakit.

“Sebelum ini saya pernah menjalankan bisnes jual kain, makanan chicken chop dan buka sebuah kedai bakeri.

“Tetapi tiada rezeki untuk meneruskan perniagaan kedai bakeri,” katanya.

Dalam pada itu, guru berusia 43 tahun ini juga tidak menjangka jemputan daripada salah seorang rakan lama bakal membawa perubahan dalam hidupnya.

“Pertama kali rakan lama memperkenalkan produk Chocodap’s, saya terus jatuh cinta.

“Iyalah, kalau dulu saya sibuk di kedai bakeri, selepas pulang dari sekolah saya terus ke sana. Buat apa semua memang rushing. Sekarang tidak lagi. Saya ada masa untuk keluarga walaupun masih menjalankan bisnes.

“Selepas tutup kedai, pada awalnya saya tidak mahu lagi terlibat dengan apa-apa bisnes, rupanya Allah SWT dah susun sesuatu yang indah buat saya,” katanya penuh syukur.

Tambah Cikgu Sakinah, dia bersyukur penerimaan terhadap bisnes coklat amat mengalakkan.

“Terima kasih guru-guru di sekolah Sungai Bayur, Selama, Perak kerana banyak menyokong selama ini. Bila saya naik commando, saya recruit 30 orang dan ganjaran saya dapat pertama kali adalah RM 600.

“Itu tidak termasuk komisyen. Group Sales saya pernah mencecah RM 90,000 iaitu pada Disember tahun lalu. Suami memang terkejut dan saya memang happy sangat,” akhirinya yang mahu komited dalam Chocodap’s.

Bukan itu sahaja, Cikgu Sakinah juga berjaya membeli sebuah kereta Ford Ranger hasil jualan coklat selama setahun ini. Tahniah Cikgu!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment