“Sejak era pandemik bermula awal tahun lalu, bisnes yang saya jalankan mula ‘lumpuh’,” akui Marwa Alwi yang terpaksa berdepan dengan kerugian besar.
Kata wanita berusia 30 tahun ini, sebelum ini dia menjalankan perniagaan menjual barang perhiasan rumah yang dibawa masuk dari China.
“Mungkin disebabkan ramai yang terjejas pendapatan, maka jumlah pelanggan dan tempahan juga semakin berkurang.
“Saya kerugian sebanyak RM 20,000 pada tahun lalu. Barang yang ditempah lambat masuk manakala pelanggan pula mahu menuntut ganti rugi,” jelasnya.
Akui wanita yang menetap di Kuala Lumpur ini disebabkan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan, dia enggan berputus asa dan nekad mencari produk yang mudah dijual di musim PKP.
“Saya mula berfikir produk makanan sudah tentu senang dijual. Ya lah, siapa yang tak nak makan?
“Atas faktor itu juga saya memilih untuk menyertai Chocodap’s pada November 2020,” katanya gembira.
Kongsi Marwa, dia bersyukur diberi bimbingan sepenuhnya daripada pihak pengurusan Chocodap’s memandangkan ini merupakan kali pertama dia terlibat dalam bisnes coklat.
“Sebelum ini saya pernah berniaga tetapi berada dalam lingkungan keluarga Chocodap’s benar-benar membuka mata saya kerana dikelilingi sahabat positif dan kami bersaing secara sihat.
“Permintaan juga tinggi di musim PKP. Hanya perlu rajin memasarkan produk ini kepada kumpulan sasaran tepat. Insha Allah jika saya mampu, anda di luar sana juga pasti boleh lakukannya,” akhirinya.
Sementara itu, Marwa yang pernah membeli rumah hasil perniagaan sebelum ini memberitahu berhasrat untuk menata rias kediamannya dengan lebih indah lagi dengan wang hasil menjual coklat.