Alhamdulillah rezeki semalam, new agent message Ticer Sara last year, semalam pukul 4 message nak jadi agent terus buat belian dekat RM1,200 juga. Beli Chocodap’s sebab nak gantikan produk NESTLE. Alhamdulillah rezeki Allah Maha Luas. Terus berdoa & berusaha 🤲🏻🥰 Doakan kami terus berjuang dalam bisnes yang makin mencabar ni 🤲🏻💛 Founder Chocodap’s Ticer Sarah
Alhamdulillah. Mengalir air mata seorang ibu di pagi Jumaat mulia ini. Syukur ya Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini. Bagi Noraini Mat Seman, dia tidak memaksa anak-anaknya untuk menghafaz Al-Quran namun segalanya hadir atas minat anak sendiri. “Mama hanya memberi dorongan. Tapi syukur anak-anak mama semua dgn rela hati ke arah itu. Hazeeq dh […]
Tengah cari side income? Pening betul nak buat business apa 🥺 Nak jual makanan tapi tak nak jual yg ‘renyah’. Haaa meh sini, Chocodap’s ada set yang SUPERPOWER SYOK! Beli SET RAHMAH auto jadi agent 🤩 Banyak kan yang korang dapat, benda pun limited ni. Selagi harga tengah kaw kaw murah ni, yuk grab cepat! […]
Lumrah dalam dunia bisnes, pasti ada turun naik. Bak kata pepatah, ‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’ Pengalaman bersama Chocodap’s banyak mengajar saya erti cekal dalam hidup. Bermula jualan dari rumah, buka booth seminggu atau sebulan sekali, pernah juga masuk dalam pusat beli belah, buka booth di Mydin Mall, semua saya pernah […]
Meskipun sudah berakhir tapak booth di AEON Station 18 akhir Januari lalu, Rubeniay berhasrat untuk meneruskan pencarian lokasi seterusnya. Pernah juga mengusahakan booth coklat di Pasaraya Lotus Station 18, Rubeniay yakin kejayaan dalam bisnes pasti datang dengan usaha padu. “Saya harap jenama Chocodap’s terus bersinar di Ipoh. “Selalunya jual online sekarang pelanggan boleh datang terus […]
Pengalaman berniaga dari booth ternyata memberi banyak pengalaman manis buat Sharifah Hazariah Syed Nazri @ Eifa. Kongsi Eifa, keserononakan berniaga secara offline membolehkan dia berdepan dengan pembeli dari pelbagai peringkat. “Seronok sangat berniaga offline, saya dapat beri sendiri tester kepada pembeli. Bila tengok wajah mereka makan Chocodap’s, puas sangat hati. “Ramai yang datang cuba dan […]
Selepas hampir empat tahun, impian Siti Rafiaah Salihin akhirnya tercapai untuk memiliki sebuah kedai coklat. Sebulan beroperasi, kedai ‘Choco Cafe’ yang bertempat di Telok Panglima Garang, Klang mula meniti di bibir penduduk setempat. Kata Siti, usahanya menanti selama empat tahun ternyata berbaloi melihat pelanggan keluar masuk menikmati dan membeli coklat Chocodap’s. “Syukur bermula dari rumah, […]
“Tak sangka walaupun sifat Introvert sangat menebal dalam diri, saya berjaya kikis karakter itu perlahan-lahan bila join Chocodap’s,” jelas ejen Khairin Zawawi @ Kay. Mesra disapa sebagai Kay, wanita yang merupakan penjawat awam ini berkongsi pengalaman menarik sepanjang menyertai Chocodap’s sejak dua tahun lalu. Berawal dari sahabat lama, Kay memberitahu dia ternampak status iklan Chocodap’s […]
Siapa sangka usia seawal 19 tahun, Nur Najihah Abdul Karim @ Jihah sudah mula berfikir jauh untuk mempunyai simpanan wang untuk kegunaan masa depan. Enggan membuang masa, Jihah mula mengatur langkah memulakan bisnes coklat Chocodap’s di Kuala Krai, Kelantan sejak 2021. Pelajar Maahad Rahmaniah, Kuala Krai ini mula tertarik sertai Chocodap’s selepas melihat iklan di […]
Ini dinamakan rezeki terpijak! Ejen Chocodap’s dari Petaling Jaya, Nor Azura Hussin menyifatkan kemenangan motorsikal di malam gala Grand Rewards Chocodap’s sebagai rezeki anak sulungnya. Kongsi Azura, hadiah motor itu akan diberikan kepada anak sulung, Aqilah Nuraini binti Azhari. “Hari jadi anak sulung yang ke 16 tahun jatuh pada 24 September ini. Saya harap dia […]