Newbie, Ini Checklist Sebelum Mula Bisnes Online!

“Pepatah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang” pepatah sesuai untuk usahawan yang sentiasa berusaha memajukan perniagaan sehingga menjadi sebuah jenama dikenali.

Nak tahu cara berniaga atas talian tapi tak tahu nak mula dari mana? Meh kami list down cara mula bisnes online! Yang penting, bisnes online tak perlukan modal yang besar, contohnya tak perlu menyewa kedai atau tapak. Buat dari rumah pun boleh.

Apa yang korang perlu hanya laptop atau komputer dan Internet. Sebelum berniaga, kenal pasti beberapa perkara di bawah;

  1. Buat/ jual sesuatu yang anda sendiri minat

Bila dah minat sesuatu, korang pasti akan jadi lebih bersemangat untuk lakukan setiap hari. Bila pembeli nak Tanya mengenai produk, tak lah korang tergagap nak menjawab sebab korang dah pro mengenai produk itu. Dengan ini, peluang anda untuk mendapat pembeli lebih besar kerana mereka akan yakin dengan produk anda. 

  • Jual bahan/produk ‘On Demand’

Kalau melihat situasi sekarang, korang rasa apa yang pembeli lebih tertarik untuk membeli? Sudah tentu makanan kan? Ramai pembeli yang duduk di rumah sekarang. Fikirkan sesuatu yang pembeli gunakan setiap hari jadi pasti ada repeat order. Oh ya, perhiasan rumah, baju tidur juga mendapat permintaan tinggi sepanjang musim PKP ini.

  • Platform Jualan dipercayai

Terdapat banyak platform online seperti e-commerce dan juga media sosial untuk anda pilih. Contohnya, Shopee, Lazada, Facebook, Instagram dan lain-lain.

  • Cara Pengiklanan

Jenama atau produk kalau tak diiklankan, mana pembeli nak tahu kan? Luang masa untuk fikirkan idea untuk mengiklankan produk yang nak dijual. Pastikan iklan korang tu berbeza daripada yang korang pernah baca atau lihat sebelum ini. Barulah menarik perhatian, tak gitu? Bagi anda yang baru hendak bermula menjual, anda boleh mengiklankan barang anda melalui platform media sosial.

Dengan mengiklankan di akaun peribadi atau akaun bisnes, anda boleh memperkenalkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga dahulu. It’s okay to start small first!

Tak perlu runsing kalau korang sertai Chocodap’s. Segala bimbingan dan tunjuk ajar akan diberikan, pilihan coklat berkualiti ditawarkan. Daftar segera sebagai ejen atau dropship hari ini! Yang penting, boleh mula berniaga dari mana-mana, asalkan ada telefon pintar & Internet. Material pemasaran turut disediakan.

Tunggu apa lagi guys? Moh ler daftar sekarang!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment