“Tiga bulan duduk rumah, saya dah mula binggung. Tak ada pendapatan,” kata Atikah Baharuddin menceritakan pengalaman sebelum bergelar usahawan Chocodap’s.
Ujar wanita asal Melaka ini, suaminya memiliki kedai gunting rambut yang beroperasi sejak lima tahun lalu tetapi terpaksa akur dengan keadaan negara yang dilanda pandemik ketika ini.
“Jujur saya dan suami tak pernah terfikir sampai ke tahap sekarang, terpaksa tutup kedai selepas beberapa tahun mengusahakannya.
“Tiga bulan kami di rumah, tiada pendapatan langsung. Namun begitu syukur makanan masih ada di atas meja sepanjang PKP tahun lalu. Cuma saya perlu fikirkan sesuatu untuk bantu keluarga keluar dari kemelut kewangan sebelum ia menjadi lebih melarat,” katanya.
Akui Atikah, sejak bermula pandemik dia ada cuba menjual beberapa produk demi kelangsungan hidup.
“ Ada lah sikit-sikit produk itu produk ini untuk survive. Dari duduk tak buat apa-apa, kena usaha supaya income tetap ada.
“Ramai yang Tanya kenapa suami tak nak buka kedai lagi. Dalam keadaan begini, ada baiknya suami utamakan keselamatan dan kesihatan keluarga kecil kami. Bila buka kedai gunting rambut, kita mungkin terdedah kepada individu yang kita tidak tahu status kesihatannya sama ada di pembawa virus Covid-19 atau tidak. Betul tak?
“Anak kami, Aisyah juga baru berusia setahun dua bulan. Dia masih kecil dan kami perlu utamakan kesihatan. Duit boleh dicari tapi nyawa tiada tukar ganti,” kongsinya.
Namun begitu, di sebalik kesulitan pasti ada kesenangan yang datang nanti. Atikah tidak pernah menyerah meskinpun kehidupan diuji seketika dengan masalah kewangan.
“Setiap hari saya scroll Facebook nak cari peluang berniaga. Ada satu hari ni, saya Nampak posting dimuatnaik oleh rakan, Kak Sha Iesha mengenai Chocodap’s.
“Dalam hati saya kata ‘Nak cuba dulu, kalau OK saya nak cuba jual’,” katanya.
Ternyata bila dah cuba, Atikah enggan buang masa lagi dan terus mendaftar sebagai ejen Chocodap’s.
“Suami izinkan dan beri 200% support untuk berniaga. Alhamdulillah. Saya happy sangat! Lepas je proceed, saya terus ajak suami cari penimbang coklat, mudah nak settle hal packaging lepas ni,” ujarnya.
Ujar Atikah, dia seronok berniaga Chocodap’s kerana dapat menghabiskan stok lima kilogram dalam hanya seminggu dan mula restock 10 kilogram coklat hasil dari keuntungan sebelum ini.
Atikah menyifatkan penglibatannya bersama Chocodap’s membawa banyak perubahan dalam diri. Dia bersyukur disokong oleh circle yang cukup positif serta mentor-mentor yang hebat.
Meskipun masih jauh perjalanannya dalam dunia coklat, Atikah berjanji untuk kekal setia bersama Chocodap’s demi membangunkan masa depan cerah bersama yang tersayang!
Pada masa ini, Atikah mempunyai sebuah butik coklat yang terletak di Merlimau, Melaka. Semoga terus sukses bersama Chocodap’s Puan Atikah!
Tahniah atikah & ahmad..butik coklat kat mana?..boleh bagi alamat..
Alhamdulillah. Terima kasih sahabat positif. Butik Coklat Aisyahmad di Merlimau, Melaka. ( Berhadapan Speedmart99 Taman Seri Pertam 77300 Merlimau, Melaka)🤩
ada fb ke?
Atikah Baharuddin
Ada. FB : Atikah Baharudin
Tahniah ahmad dan atikah..smg terus suksess
Alhamdulillah. Terima kasih kak diana yang awesome.❤️ Aamin ya rabbal alamin. Kak diana pun. Semoga terus sukses.✨
Tahniah atiqah.. Semoga terus sukses. Doakan lieya jd macm atiqah jgk yek.
Safarina samad @ akk ina
06/15/2021 at 10:24 PMTahniah ikah n amad … akk bangga dgn cara kamu berdua …pantang menyerah kali … tahniah sekali lagi … semoga usaha amad n itah berjaya ke puncak nya …
Atikah Baharudin
06/18/2021 at 10:35 AMAlhamdulillah kak ina. Terima kasih kak ina sentiasa support kami. Aamin ya rabbal alamin.❤️