Lepas 10 tahun, ‘Abg Jago’ tinggalkan kerjaya engineer, cuba nasib dengan…

“Dunia rasa gelap lepas saya dapat berita syarikat tempat bekerja bakal ditutup,” ungkap Emy Shahreen Hassim yang terpaksa meninggalkan kerjaya jurutera selepas 10 tahun berkhidmat.

Ini berikutan wabak Covid-19 yang menyerang penduduk di seluruh dunia sekaligus menyebabkan jutaan pekerja terjejas termasuklah dirinya.

Selepas diberhentikan pada Mac 2020, Emy mula mencari peluang pekerjaan baharu namun nasib tidak menyebelahinya.

“Memang perit untuk ditelan tapi saya anggap ada hikmah di sebalik ujian. Sudah tentu saya sedih sebab di rumah ada yang menanti untuk diberi makan.

“Saya cuba cari kerja sini sana tapi rezeki tak ‘melekat’ waktu itu. Tak nak buang masa, saya mendaftar untuk bawa Grab,” kongsinya.

Disebabkan tiada pekerjaan tetap, dia terpaksa menjual kereta untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan. Dalam masa sama, bayaran insuran bulanan anak-anak juga terpaksa ditangguh.

Emy yang juga dikenali sebagai Abang Jago memberitahu pekerjaan sebagai pemandu E-Hailing tidak semudah disangka.

“Agak mencabar jadi pemandu E-Hailing sebenarnya. Persaingan juga amat tinggi memandangkan bidang ini menjadi pilihan utama sejak pandemik bermula.

“Perlu rajin berusaha untuk capai sasaran pendapatan yang kita nak.

“Saya juga cuba jadi delivery boy sementara nak dapat kerja baru. Boleh lah sikit-sikit dari tak ada,” katanya ketawa.

Selepas empat bulan berkhidmat sebagai pemandu Grab, Abang Jago merancang untuk berniaga dan menyertai jenama Chocodap’s pada Julai 2020.

“Memandangkan saya tiada pengalaman berniaga secara serius sebelum ini, saya rasa ‘selamat’ di Chocodap’s kerana diberi bimbingan sampai kita boleh lakukan sendiri.

“Lagipun coklat produk yang mudah dijual. Saya pun tak runsing kalau tak terjual. Memang ada je orang cari dan nak beli. Alhamdulillah kawan-kawan pun banyak support dengan membeli Chocodap’s.

“Anda di luar sana kalau hilang pekerjaan sepanjang pandemik, jangan segan untuk join Chocodap’s. Tak pandai bisnes? Pengasas sendiri akan bantu anda sampai berjaya. Saya dulu takut-takut juga, sekarang kawan-kawan di Chocodap’s pun gelarkan saya Abg Jago,” akhirinya dalan nada ceria.

Sehingga kini, jualan Abang Jago mencapai jumlah membanggakan iaitu sebanyak RM 37,800.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment