Dulu cari rezeki di Singapura, kini fokus jadi usahawan coklat sepenuh masa!

“Saya memilih untuk berhenti kerja sebab tak sanggup berjauhan dengan anak-anak sepanjang musim pandemik lalu. Bila dah berhenti kerja, macam-macam-macam bermain di fikiran lagi-lagi bab kewangan,” kata kak Dee atau Nurruldiana Norharashid yang rela melepaskan tugas di Singapura demi anak-anak.

Kak Dee yang kini menetap di Johor Bahru memberitahu di awal ketika dia melepaskan jawatan sebagai Senior Security Officer di kota Singa, keadaan ‘poket’ nya turut berubah.

“Dapat gaji dalam Sing Dollar, siapa yang tak seronok kan. Tapi disebabkan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kak Dee tak sanggup jauh dengan anak-anak jadi ini jalan terbaik. Tak apa, rezeki Allah itu luas. Hanya perlu usaha saja.

“Sejak bergelar suri rumah kak Dee banyak cari peluang berniaga menerusi media sosial. Kak Dee mula tertarik lihat posting Fatin Azmi yang berkongsi tentang kehebatan Chocodap’s,” cerita kak Dee.

Wanita berusia 37 tahun ini mula terjun ke dunia bisnes coklat pada Disember 2020.

Meskipun tiada pengalaman berniaga, Kak Dee menuntut ilmu dari usahawan yang berjaya melalui bisnes Chocodap’s.

“Ramai yang tanya boleh kaya ke jual coklat? Belum cuba belum tahu hasilnya. Bila dah cuba, saya tengok sendiri hasil, sendiri terkejut.

“Pada awal bisnes suami juga kurang beri support tapi bila dah nampak result, slowly dia dapat terima dan support. Alhamdulillah.

“Saat paling bahagia bila team DEEmpire dapat hit sale RM 10,000 pertama kali pada September 2021. Seronok sangat waktu tu dan kak Dee harap dapat ‘potong’ amount itu untuk bulan akan datang dan dapat konsgi rezeki dengan ibu tersayang. Doakan kak Dee ya,” ucapnya.

Suri rumah dua anak ini juga berharap memiliki simpanan kewangan mantap untuk kegunaan pendidikan anak-anak di masa akan datang. Selain itu, kak Dee juga berharap dengan bisnes coklat diusahakannya ini mampu bantu meringankan komitmen bulanan rumah tangga.

Insha Allah, terus ‘meroket’ ya kak Dee. Jom doakan kejayaan Kak Dee di Chocodap’s!

Comments

  • Nurruldiana binti Norharashid
    06/09/2022 at 11:35 AM

    Alhamdulillah syukur 🤲🤲

  • fatinazmi
    06/10/2022 at 5:04 PM

    tq kakdee fatin bangga kjayaan kakdee..love u so much..😘😘😘

Add a comment