“Selalu dengar Ahmad (suami) bercerita itu ini. Kali ni bila dapat turun padang, baru tahu rasa macam mana,” demikian kata Puan Atikah Baharudin menceritakan pengalaman membuka kiosk Chocodap’s di pusat beli belah.
Kongsi Atikah yang mengusahakan kiosk coklat yang diberi nama AISYAHMAD, meskipun penat tanpa bantuan kakitangan di kiosk, dia menyifatkan ia sebagai pengalaman paling mahal.
“Ilmu paling mahal adalah pengalaman. Tak dapat dibeli kat mana mana. Dapat hanya bila kita “turun padang” dan buat sendiri.
“Penat tak payah cerita tapi seronok. Boleh nampak ekspresi muka, boleh nampak bahasa badan. Kena reject pun real depan mata. Best betul pengalaman kena reject ni,” katanya.
Tambah Atikah, walaupun berlaku rejection atau penolakan ketika mempromosi coklat di tempat awam, dia tidak pernah berputus asa mahupun berkecil hati.
“Percayalah, rejection adalah motivasi paling terbaik sekali. Kita tak boleh paksa orang lain tapi kita boleh paksa improve diri, improve skill approach orang dan bina keyakinan diri kita sendiri.
“Tak mudah nak buang rasa malu. Saya berjaya lakukannya,” katanya.
Yang berniaga di tempat awam, Atikah juga berkongsi tips ketika ditolak secara baik oleh orang ramai.
“Senyum dan terus sebarkan kebaikan serta kelebihan Chocodap’s pada yang lain. Kalau satu tak mahu, mungkin orang lain ada yang mahu. Kita tak tahu selagi tak cuba. Betul tak?,” katanya.
Kiosk coklat AISYAHMAD akan berada di Aeon Bandaraya Melaka sehingga hujung Jun 2022. Nampaknya Atikah akan ‘berkampung’ selama tiga bulan di sana.
Semoga terus maju jaya dengan bisnes Chocodap’s yang diusahakan bersama suami dan anak mereka, Aisyah Hannani.