Untuk memulakan sebuah perniagaan bukanlah satu perkara mudah terutamanya saat pandemik COVID-19 melanda dunia. Ramai yang terjejas bukan saja dari pendapatan malah emosi juga turut terkena kesannya. Sebelum memulakan bisnes, belajar beberapa perkara bagi memastikan kelangsungan perniagaan terus kukuh di musim pandemik ini. Tetapkan hala tuju perniagaan Sama ada menjadikan bisnes pilihan terakhir menjana pendapatan, sekadar […]
BABY 1 MUHARRAM 1443, BABY CHOCODAP’S. Jutaan syukur untuk hari yang sangat mulia 1 Muharram lahirnya putera ketiga pengasas Chocodap’s, Ticer Sarah dan suami, Tuan Farhan Zainuddin pada jam 11.16 pagi semalam seberat 3.2kg. “MasyaAllah memang mama bayangkan nak hari ni walaupun due date nya 21 Ogos. Biasa kakak abang memang 37w/38w. “Terima kasih buat […]
Selepas bergelar isteri sepuluh tahun lalu, Roslida Abdul Rahman atau mesra disapa sebagai Ida mengambil keputusan untuk bergelar suri rumah sepenuh masa. Namun begitu, Ida tidak mampu duduk diam sahaja di rumah malah mencuba pelbagai jenis bisnes bagi mengisi masa lapang sekaligus dapat menjana wang poket. “Selepas berhenti kerja, macam-macam bisnes saya dah cuba. Jual […]
“Pada mulanya anak saya, Nurul Huda yang sepatutnya menjalankan bisnes Chocodap’s tetapi rancangan bertukar selepas dia pulang meneruskan pengajian di Mesir,” kata Puan Jasmani Saidin yang merupakan ibu kepada empat anak ini. Jasmani Saidin atau mesra dengan panggilan Kak Jeh ini memberitahu anaknya Huda berada di Malaysia sejak pandemik bermula dan akhirnya pulang ke Mesir […]
Pengusaha dan pengasas jenama Chocodap’s, Ticer May Sarah Nadiah Meor Mohamad menekankan mengenai perubahan demi melebarkan serta mengukuhkan perniagaan lebih-lebih lagi berdepan cabaran pandemik Covid-19. Dalam bisnes banyak perubahan diperlukan, perubahan yang pertama adalah DIRI SENDIRI, CARA BERFIKIR & TINDAKAN KITA. Semuanya bermula dengan diri kita dulu sebelum kita mahu mengubah orang lain. “Sebab itu […]
Pernah menceburkan diri dalam beberapa jenis produk perniagaan sebelum ini, Siti Maryam Abd Ghani atau Maryam mengakui pernah mengalami kerugian ribuan Ringgit. Kongsi Maryam yang merupakan seorang penjawat awam, kegagalan dalam perniagaan terdahulu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba. “Dulu saya pernah berniaga satu produk terkenal. Waktu itu saya buat pinjaman peribadi untuk jadikan modal […]
“Alaaaa tak boleh la. Boleh ke laku kalau jual benda ni? Ramai kot yang jual benda sama” Ehem…pernah dengar tak ‘Setiap Apa Yang Kita Buat, Fikir, Niat Dan Sebut Adalah Doa’ Nak Berjaya, cuba ubah pemikiran untuk lihat semua hal dalam sudut positif yang membuatkan kita optimis. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Apabila anda […]
Datang dari keluarga kurang berkemampuan, Jamuna Madhavan atau Muna menyifatkan pengalaman lalu mematangkan pemikiran untuk lebih tenang ketika berdepan cabaran. “Ibu saya bekerja sebagai penoreh getah manakala ayah pula pemandu lori. Saya anak tunggal mereka. Lepas ayah meninggal, kehidupan kami di estet amat sengsara. Ibu saya dah tua dan tak mampu bekerja di ladang lagi. […]
Selama dua malam berlangsungnya program Kolam Jiwa bersama pakar motivasi terkenal, Cikgu Jinggo. Dalam sesi selama satu jam setengah itu, hampir 300 peserta yang terdiri daripada ejen Chocodap’s dapat ‘menyedut’ ilmu perniagaan dan cara untuk mengekalkan momentum sepanjang berbisnes. Berkali Cikgu Jinggo menyebut ‘Orang yang tiada matlamat ibarat seperti bermain bola tanpa tiang gol’ Dalam […]