“Ada yang nak tengok saya jatuh,”- Sebulan berkurung, menangis, Kak Pya akui…

“RM3000 je, apa lah sangat setakat buat banyak itu,” dedah kak Pya yang pernah disindir ketika di awal pembabitannya bersama Chocodap’s.

Kak Pya atau nama sebenarnya Safiyah Kamsani mengaku kecil hati mendengar ‘usikan’ yang disifatkan seolah berniat menjatuhkan semangatnya.

“Kejadian berlaku pada pertengahan tahun 2019 ketika saya mula berniaga coklat. Emosi saya sangat drop, menangis waktu itu.

“Ada yang nak tengok saya jatuh dan tidak senang dengan kejayaan saya pada waktu itu. Hampir sebulan saya mendiamkan diri akhirnya saya bangkit semula. Saya amat berterima kasih kepada Ticer Sarah dan Encik Farhan yang bantu memulihkan semangat saya semula,” ujar wanita berusia 32 tahun ini.

Kongsi Kak Pya, dia percaya di sebalik kesulitan pasti ada kemanisan yang Allah SWT berikan selepas itu.

“Saya mula rajin menghadiri kelas-kelas gali ilmu bisnes. Bukan saja fizikal, mental juga harus dalam keadaan bersedia setiap masa.

“Bukan semua orang nak tengok kita senang. Tapi tak apa, saya tak nak fikir hal yang dah lepas.

“Alhamdulillah, selepas setahun saya berjaya naik ke peringkat King. Dari situ saya berpeluang berkongsi ilmu dengan anak-anak team. Nak lebih berjaya, kita perlu mara bergerak ke depan bersama-sama,” katanya yang seronok dapat membimbing ejen baru.

Ibu dua anak ini juga bersyukur berkat kesabarannya selama dua tahun akhirnya berhasil apabila berjaya mencecah jualan sebanyak RM 892,000 pada tahun 2020.

“Allahuakbar… Alhamdulillah, saya sendiri tak sangka anak-anak dalam team memang bekerja keras untuk sampai ke tahap ini.

“Selain anak-anak sendiri, team juga adalah kekuatan saya untuk terus berjuang di bawah jenama Chocodap’s.

“Saya mahu berjaya bersama mereka dan bantu mana-mana individu untuk keluar dari masalah kewangan. Jika ada usaha, saya percaya kita semua akan berjaya menjadi insan yang bebas dari hutang piutang,” akhirinya.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment