Kumbang di tengah bunga, Uncle Dee tak ralat jadi lelaki pertama yang…

Mengaku bukan penggemar coklat pada awalnya, uncle Dee terkejut perasaan jatuh cinta dengan manisan mula terbit selepas menyertai Chocodap’s.

Mula berjinak dengan bisnes Chocodap’s pada tahun 2018, uncle Dee tidak menyangka perjalananannya bersama Chocodap’s akan sejauh ini.

“Saya masih ingat pada bulan Ogos 2018, rakan saya datang jumpa dan tanya ‘kau nak beli coklat tak?’

“Lepas dia bagi dia tanya saya, nak jual coklat? Saya pun mula letak iklan dia Whatsapp Group, tak sangka laku walaupun orang dalam group tu masih belum cuba coklat Chocodap’s waktu itu. Memang kuat ‘penangan’ Chocodap’s ni, belum try pun orang dah mula order,” katanya sambil ketawa.

Tambah Uncle Dee, dia antara lelaki terawal yang menyertai Chocodap’s sebagai ejen dan tidak menjadi masalah baginya walaupun bisnes coklat ini lebih digemari oleh kaum wanita.

Uncle Dee yang merupakan seorang Juru X-Ray turut teruja perniagaannya mendapat respon positif di tempat kerja.

“Kalau di hospital, kakitangan yang teringin nak makan coklat pasti cari saya.

“Ala-ala ‘Raja Coklat’ di Hospital Tangkak orang kata,” katanya dalam nada bergurau.

Lelaki berusia 40 tahun ini juga berharap dikurniakan kesihatan baik agar dapat konsisten dan fokus terhadap bisnes coklat dalam jangka masa panjang.

“Chocodap’s banyak ubah taraf hidup ramai orang termasuk saya. Kalau dulu nak keluar kena fikir banyak kali, maklumlah nanti banyak pakai duit. Sekarang bila isteri atau anak-anak ajak berjalan, bukan masalah besar untuk saya lagi. Alhamdulillah rezeki dari segi wang Ringgit itu mengalir baik,” kata bapa dua anak ini.

Untuk rekod, Uncle Dee meraih pencapaian terbaik pada tahun 2020 dengan jualan sebanyak RM 352,652.50 manakala RM 99,963.20 pada tahun 2019.

Semoga Uncle Dee terus sukses dan dikurniakan kesihatan berpanjangan hendaknya, Amin YRA!

Comments

  • Siti fatimah binti ramli
    05/03/2021 at 3:10 PM

    Saya perminat chocodap😋

Add a comment