Ada gaji tetap bukan alasan, peluang kongsi rezeki dengan ibu tercinta penguat Cikgu Mas terus berniaga!

Kesibukan sebagai anak, isteri, ibu dan guru tidak menjadikan dia tidak berusaha keras dalam bisnes.

Mengajar di Sekolah Kebangsaan Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, Cikgu Mas atau nama penuhnya Puan Mastura Azlina melahirkan rasa syukur apabila ditemukan dengan produk Chocodap’s sejak dua tahun lalu.

“Walaupun bergaji tetap setiap bulan, saya suka sangat berniaga. Kerana bila ada extra income, saya dapat berkongsinya dengan orang sekeliling.

“Paling utama, saya berpeluang bagi duit dekat emak, beri dia keselesaan. Itu yang membuatkan saya paling happy nak ada extra income.

“Selain itu, saya dapat bantu ringankan tanggungan suami. Maklum saja kami ada lima orang anak yang sedang membesar, memang banyak wang perlu dikeluarkan setiap bulan. Tambahan sepanjang PKP, suami tak dapat buat overtime lagi,” kongsinya.

Berkongsi pengalaman ketika berniaga Chocodap’s, Cikgu Mas menceritakan pelbagai ragam pelanggan ditemui ketika berurusan jual beli coklat.

“Saya seronok dapat kenal kawan-kawan baru. Kalau nak cerita pengalaman sukar pun ada cuma biarlah saya kongsi yang seronok sahaja ya di sini. Nama pun pengalaman kan, pasti ada yang best dan tidak.

“Pengalaman yang membuatkan semangat saya naik untuk lebih rajin berniaga. Apa yang perlu saya buat adalah bijak membahagikan masa antara kerjaya di sekolah dan berniaga,” katanya.

Sepanjang bergelar ejen Chocodap’s, Cikgu Mas berhasil meraih jualan cukup hebat sebanyak RM 190,687.50 pada 2020 (jualan berkumpulan) manakala RM 14,164 pada 2019.

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment