Ini kisah Kak Yong si “Hantu Coklat”

“Syok kalau berniaga setiap hari duit masuk sebab tu saya pilih Chocodap’s,” kata Kak Yong atau nama sebenarnya Norizam Sinoh yang menyertai Chocodap’s sejak September tahun lalu.

Akui Kak Yong, dia merupakan ‘hantu coklat’ sejak dari bangku sekolah dan faktor itu juga membuatkan dia memilih bisnes Chocodap’s.

“Saya memang seorang yang kuat makan coklat. Beli dan beli sampai satu hari saya terfikir kenapa tidak saya yang menjual?

“Bila dah cuba, saya terkejut lihat hasil menjual Chocodap’s dan makin lama makin teruja. Duit masuk hari-hari memandangkan permintaan coklat yang tinggi.

“Seronok bila dapat hantar sendiri tempahan coklat ke rumah pelanggan dan terima hasil pada hari sama,” kongsinya teruja.

Tambah Kak Yong, dia bersyukur meskipun perniagaan masih belum mencecah usia setahun, dia berjaya mendapatkan sebuah tapak untuk berniaga. Butik coklat yang diberi nama Chococraf House dijangka beroperasi selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tamat.

Dalam pada itu, besar harapan Kak Yong agar premis perniagaan ini mendapat sambutan hangat selepas keadaan semasa pulih nanti.

“Dengan keadaan begini, saya faham situasi tak berapa sesuai kerana rakyat tidak digalakkan keluar rumah melainkan ada urusan penting. Jadi ada hikmah juga butik coklat masih belum boleh memulakan operasi.

“Waktu ini saya mula meneliti dan merancang strategi agar bila butik coklat Kak Yong dah dibuka nanti, ramai yang datang. Alhamdulillah lokasi butik juga strategik iaitu di Medan Kraftangan Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka (berdepan dengan Zoo Melaka).

“Saya berdoa agar kes Covid-19 di Malaysia menurun sekaligus urusan pembukaan butik coklat berjalan lancar,” katanya yang juga merupakan seorang Novelis sepenuh masa.

Comments

  • sazrul
    07/03/2021 at 3:33 PM

    salam nk tanya mcm mana akak mulakan bisnes ni berniga online ke

Add a comment