Tag: coklat

Aug 01
Dulu sendu sekarang WOW, raih RM 10,000 sebulan! 

“Mula-mula memang struggle, sekarang Alhamdulillah kami dah masuk zon selesa,” kata ejen Chocodap’s, Syahidah Zakaria bercerita mengenai pengalaman awal berniaga di kiosk. Bermula sebagai part timer dalam Chocodap’s, Syahidah yang merupakan doktor perubatan nekad untuk serius dan beralih ke sepenuh masa. Dr Syahidah yang kini sibuk menguruskan kiosk Chocodap’s di pusat beli belah AEON Klebang, […]

Jul 27
Al-Fatihah! Ejen Chocodap’s Masyitah Abdullah meninggal dunia

“Arwah walaupun buta tapi dia seorang yang rajin cari duit kerana tak mahu susahkan sesiapa,” kata ejen Rosnani Mohamad @ Nani Acek bercerita mengenai ejen Chocodap’s, Masyitah Yong Abdullah yang baru sahaja meninggal dunia, baru-baru ini. Allahyarhamah Masyitah atau mesra dengan panggilan Kak Tah menghembuskan nafas terakhir pada 15 Julai lalu pada jam 2 pagi. […]

Jul 20
HEBAT! Hasil ’bentang’ meja tiga bulan, Azim berjaya kumpul RM 15,000

Usaha lebih, Insha Allah dapat lebih! Itu kata semangat dari empunya diri Azim atau nama sebenarnya Mohamad Tasnim Ariffin yang rancak berniaga Chocodap’s sejak dua tahun lepas. Penat lelah Azim dan isterinya, Nur Hasnah membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul simpanan sebanyak RM 15,000 awal tahun ini. “Alhamdulillah rezeki kami suami isteri dapat simpan RM 15,000 […]

Jul 18
Dulu kerja long hours kini lebih flexible, bekas kakitangan O&G kongsi pengalaman jadi usahawan coklat

Berkhidmat sebagai senior accountant di sebuah syarikat minyak dan gas sebelum ini, Sharifah Hazariah Syed Nazri akui mengambil keputusan bekerja sendiri bukan keputusan yang mudah. Memulakan bicara, Hazariah atau Eifa menyertai sebagai ejen Chocodap’s sejak tahun 2019 berasa seronok bergelar usahawan coklat. “Kalau dulu makan gaji agak stress kerana kerja long hours. Sekarang waktu lebih […]

Jul 14
Didik anak berniaga dari muda, “Senang nanti bila…,”- Yong Miza 

Melentur buluh biar dari rebungnya! Maksudnya kalau nak didik anak biarlah dari mereka kecil. Besar nanti, tak lah ‘liat’ bila disuruh. Demikian kata Yong Miza @ Hamizah Hussin menceritakan tiga anaknya kini ditugaskan untuk menjaga booth Chocodap’s di tiga lokasi berbeza. “Tiga daripada enam anak saya dah diajar untuk cari duit dengan berniaga coklat. Senang […]

Jul 05
Perjuangan diteruskan, team Datin Zarina kembali ‘gegar’ AEON Mall Shah Alam 1 Julai-14 Ogos

Bukan sekali tapi empat kali kejayaan diulang oleh Datin Dayang Zarina Ahmad! Ternyata percubaan membawa jenama Chocodap’s di tempat awam berhasil menarik ramai penggemar coklat. Datin Zarina atau mesra disapa sebagai Mommy ini juga teruja dengan sambutan diterima sejak booth yang mendapat sokongan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada hujung Februari lalu. “Kejayaan booth Chocodap’s […]

Jun 20
‘Tergoda’ tengok isteri rancak berniaga, si suami mula ikut jejak serupa

“Dulu tak minat nak mula tapi tengok isteri rancak berniaga, hati mula ‘tergoda’,” kata Mohd Zul Waqar Bin Juhar @ Zul yang merupakan suami kepada Noorhayati Che Razak. Bergelar penjawat awam ketika ini, Zul berterima kasih kepada isteri tercinta kerana banyak memberi ilmu dalam dunia bisnes coklat. “Mula-mula saya tengok dari jauh je dia berniaga. […]

Jun 14
Sedap sangat ke Chocodap’s?’ – MA Cantek terjebak dengan dunia coklat selepas…

“Saya nampak Chocodap’s ni asyik lalu timeline di sosial media, terdetik hati nak try. Sedap sangat ke,” soal Aini Azlina Ahmad memulakan cerita bagaimana dia mula terjebak dengan Chocodap’s. Kata wanita yang mesra dipanggil MA Cantek, pada awalnya, dia hanya mahu memenuhi permintaan suami untuk menikmati Chocodap’s. “Suami cakap nampak sedap, cuba cari mana nak […]

Jun 10
Jari dipotong akibat jangkitan kuman, Bro Bob tetap semangat nak keluar berniaga

“Insha Allah bro mahu bangkit semula selepas keluar hospital,” itu luahan Bro Bob atau Munawir Omar yang baru saja selesai menjalani pembedahan, baru-baru ini. Bro Bob dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak akhir April lalu bagi menjalani pembedahan memotong jari selepas disahkan mengalami jangkitan kuman. Ketika dihubungi, Bro Bob masih bersemangat bercakap tentang […]

Jun 04
Kikis karakter Introvert demi kelangsungan hidup? Ini cara Afiq ubah hidup!

“Karakter introvert dulu buatkan saya agak susah nak bercakap dengan orang yang baru kenal. Tapi lepas duduk dalam circle Chocodap’s, semua terus berubah,” akui ejen Afiq Muzakkir Khairon Zamani @ Afiq yang gembira dengan perubahan positif dilaluinya. Berusia 33 tahun, Afiq mula sertai Chocodap’s pada 29 April 2021 selepas ambil keputusan untuk berhenti kerja dalam […]