Sebagai hamba Allah SWT, kita tidak akan dapat lari daripada diuji.
Apa yang penting, setiap daripada kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
Akui Nurul Nadhirah Abdul Jalal yang merupakan salah seorang ejen yang menempa kejayaan bersama Chocodap’s, untuk sampai ke tahap sekarang tidak semudah yang dibayang.
“Saya pernah berada di titik terendah dalam hidup apabila terpaksa menggadaikan barang kemas demi meneruskan kelangsungan hidup.
“Pernah bekerja sebagai penyelia asrama di salah sebuah kolej, perkhidmatan saya ditamatkan pada Disember 2016. Pada tahun sama, suami diarahkan majikan untuk berpindah ke Jerantut, Pahang.
“Ujian tidak terhenti di situ, saya kemalangan akibat microsleep dan sewaktu itu ibu ada bersama saya dalam kereta. Kemalangan menyebabkan tulang pinggang ibu patah dan sejak itu saya perlu membawa ibu berubat di salah sebuah hospital di Shah Alam.
“Kos perubatan bukan murah. Banyak wang diperlukan lebih-lebih lagi saya berulang alik ke Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, ibu mertua pula jatuh sakit. Waktu itu, kadang-kadang saya rasa macam langit nak runtuh disebabkan ujian hidup yang banyak,” kongsinya.
Disebabkan tidak bekerja, Nadhirah tidak memiliki pendapatan tetap dan bergantung sepenuhnya dengan suami yang ketika itu bekerja sebagai juruteknik.
“Memang tak cukup duit waktu itu sehingga saya terpaksa gadai barang kemas yang ada. Saya bingung bagaimana nak dapatkan duit ketika itu.
“Walaupun diuji beberapa kali, saya tidak pernah menyalahkan takdir dan saya reda dengan apa yang berlaku.
“Mungkin berkat kesabaran saya dalam menjalani ujian sebelum ini, Allah SWT hadiahkan sesuatu yang terindah selepas itu iaitu pertemuan dengan Chocodap’s sekaligus membuka lembaran baharu dalam hidup kami sekeluarga,” katanya
Menyertai Chocodap’s pada Februari 2018 dengan bermodalkan sebanyak RM 400, Nadhirah tidak menyangka corak hidupnya berubah sejak daripada hari itu.
“Alhamdulillah, jodoh saya dengan Chocodap’s utuh sehingga sekarang. Kalau dulu saya pernah juga berniaga kosmetik dan minyak wangi Cuma tidak konsisten seperti sekarang.
“Saya masih ingat waktu saya nak mendaftar sebagai ejen, saya tiada wang ketika itu, Maklumlah tak bekerja kan? Apa yang saya buat, saya gunakan wang yang diberi suami sebanyak RM 400 walhal duit itu sepatutnya digunakan untuk membayar duit ansuran kereta.
“Selepas dapatkan stok daripada HQ, coklat pula mendapat sambutan hangat, saya bayar balik duit suami. Apa lebih menggembirakan selepas beberapa bulan menyertai Chocodap’s, saya berjaya melangsaikan bayaran kereta dengan bank,” ucapnya syukur.
Tambah ibu dua anak ini, dia berhasil membeli kediaman impian yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Malah bukan itu sahaja, hasil berniaga Chocodap’s, Nadhirah berjaya memiliki motorsikal yang dibeli cash serta mempunyai simpanan wang yang mampan.
“Kalau saya mampu lakukan untuk sampai ke tahap ini, saya percaya anda di luar sana juga boleh lakukan hal sama. Apa yang penting adalah sabar dan tidak cepat putus asa. Kejayaan pasti akan datang kepada mereka yang bersabar. Itu janji Allah SWT,” akhirinya.
Dengan menyertai Chocodap’s juga, Nadhirah turut menerima ganjaran berupa barang kemas yang mencecah puluhan ribu Ringgit sejak tahun 2018. Amazing sungguh kisah perjalanan hidup Nadhirah yang bermula daripada bawah.
Penuh inspirasi kan? Jangan tunggu dan lihat lagi, bertindak sekarang kerana anda mampu bergelar jutawan coklat seterusnya!