Kenapa Ibu Hamil Digalakkan Makan Coklat?

Anda suka makan coklat? Tetapi untuk wanita yang sedang hamil, okay ke untuk makan coklat?

Ini adalah salah satu soalan yang sering bermain-main di fikiran selain menimbulkan kerisauan bagi ibu hamil.

Ada segelintir beranggapan coklat merupakan makanan terlarang kerana akan mengganggu kesihatan ibu hamil dan janin.

Tetapi tahukah anda itu semua tidak benar? Coklat sememangnya bagus untuk ibu mengandung namun perlu diambil secara berpada-pada.

Di sini kami kongsi kebaikan yang diperoleh oleh ibu mengandung selepas makan coklat:

1. Meredakan Stres Ketika Mengandung

Stres ketika mengandung memang tak boleh dinafikan. Bermacam-macam proses yang harus ditempuhi sejak dari awal kehamilan sehinggalah kandungan mencecah sembilan bulan.

Ada yang mengalami ‘morning sickness’, bengkak kaki, susah tidur malam, letih, dan sakit-sakit badan.

Untuk meredakan segala perasaan ini, anda boleh makan coklat gelap yang berkhasiat.

Menurut Science Focus, coklat mengandungi bahan seperti Trytophan dan Phenylethylalanine yang bertindak seperti anti-depressant yang berupaya membangkitkan rasa bahagia seseorang.

2. Mencegah Pra-Eklampsia

Pra-eklampsia adalah salah satu penyakit paling berbahaya untuk ibu hamil. Kandungan theobromine dalam koko bertanggungjawab mengelakkan serangan penyakit tersebut.

Ibu hamil yang makan coklat setiap hari terbukti bebas daripada serangan pra eklampsia sebanyak 50 peratus.

3. Kurang Risiko Penyakit Jantung

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam coklat hitam dapat mengurangkan risiko dari terkena penyakit jantung pada wanita hamil.

Namun, ia harus diambil dengan jumlah yang sesuai. Berapa banyak jumlah yang boleh diambil bergantung kepada kesihatan tetapi sebaiknya bertemu dengan doktor dahulu.

4. Sistem Pencernaan Lancar

Kandungan magnesium dan zat besi boleh membantu wanita hamil dalam proses metabolisme lemak. Coklat juga mampu memperbaiki sistem pencernaan sekaligus menjaga kelangsingan tubuh.

Selain itu, pengambilan coklat boleh meningkatkan produksi sel darah merah untuk melindungi ibu hamil dari anemia.

Ingat! Nak makan coklat jangan ‘over’. Pilihan biar sederhana. Pilih coklat yang bitter-sweet atau semi-sweet. Biar pahit sedikit, itu lebih baik!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment