Nak Feel ‘Terangkat’? Nak Makan Coklat Pun Perlu Kena Cara Tau!

Pernah terfikir tak sebenarnya ada cara nak makan coklat? Bukan setakat masukkan dalam mulut kemudian kunyah dan telan.

Memetik perkongsian dari Chef Amer, ada cara yang betul untuk menikmati rasa coklat sebenar.

1. Pertama sekali sebagai umat Islam mestilah dimulakan dengan bacaan Bismillah dahulu.

2. Buka kotak coklat dan potong coklat itu. Kemudian letakkan coklat di tengah-tengah lidah sebelum rapatkan lidah ke langit.

3. Biarkan coklat cair sendiri dengan menggunakan suhu badan sehinggalah memenuhi ruangan lidah. Jadi, kesemua rasa coklat ini akan bercampur kesemuanya, masam, masin, pahit dan sebagainya.

4. Pada masa itulah, signal akan dihantar ke otak dan hormon endorphins akan dirembes keluar menjadikan kita berasa lebih tenang dan bahagia.

Tambah Chef Amer, rugi sekiranya coklat dimakan terus dengan hanya mengunyah dan telan sahaja kecuali sekiranya ada bahan lain seperti kacang.

Haa ada info tambahan juga. Jika coklat yang cair di lidah terasa seperti berketul, maknanya koko yang digunakan bukanlah koko yang betul-betul fine.

Manakala jika mulut terasa berminyak, maka mentega yang digunakan dalam pembuatan koko itu merupakan mentega murah.

Selepas ini, boleh la cuba untuk memaksimumkan nikmat ketika makan coklat.

Tapi makan biar berpada-pada. Selamat mencuba semua!

 

Sumber: Facebook Chef Amer

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment