Norasiah terkejut makan Chocodap’s, “Saya ingatkan coklat buatan luar”

“Kami sekeluarga memang HANTU coklat. Disebabkan suami selalu bekerja di luar negeri, setiap kali balik ke rumah pasti dia bawa balik coklat untuk saya dan anak-anak,” kata Norasiah Othman berkongsi cerita tentang minatnya yang begitu mendalam terhadap coklat.  

Kata Norasiah, sebelum bergelar penjual Chocodap’s, dia dan anak-anak gemar ‘bereksperimen’ dengan pelbagai jenis coklat baik berjenama antarabangsa mahupun tempatan.

Tambahan pula, dua anaknya sedang mengikuti pengajian di sebuah Madrasah di Kuala Lumpur. Jadi setiap kali berulang alik untuk melawat anak, dia dan suami sentiasa standby coklat di dalam kereta.

“Coklat ibarat ‘ubat’ hilang mengantuk suami setiap kali drive ke KL.

“Memandangkan dia juga perlu bekerja di lokasi berlainan, jadi dia perlu drive ke sana sini. Coklat beri dia tenaga dan kesegaran untuknya apabila memandu,” katanya yang kini menetap di Sitiawan, Perak.

Bercerita tentang bagaimana dia bermula dengan Chocodap’s, Norasiah memberitahu dia merupakan pelanggan setia Chocodap’s selama setahun sebelum mendaftar sebagai ejen.

“Waktu mula-mula rasa Chocodap’s, saya ingatkan coklat ini buatan luar negara. Memang rasa dia setanding coklat antarabangsa. Ceritanya bermula apabila saya beli melalui ejen yang merupakan ustazah sewaktu anak bersekolah di Johor. Lama-lama bila dah selalu sangat beli, saya terfikir kenapa tak saya sendiri mendaftar sebab kalau jadi ejen, saya boleh dapat coklat dalam kuantiti banyak dengan harga lebih rendah.

“Saya mula mendaftar sebagai ejen pada Mei 2020 di bawah King Nurul Kamiliyyah. Selepas lebih setahun bersama Chocodap’s, keseronokannya bukan hanya pada makan coklat sahaja tetapi ilmu yang saya dapat ketika group session bersama Chocodianz yang lain. Memang best!,” kongsinya.

Norasiah yang berusia 49 ini memberitahu dia pernah menjalankan beberapa jenis perniagaan sebelum ini termasuklah membuka sebuah butik baju kanak-kanak.

“Namun begitu, perniagaan selama dua tahun terpaksa ditutup. Bukan sikit ruginya, RM 200,000 burn begitu sahaja. Bukan rezeki saya dalam bidang pakaian nampaknya.

“Rupanya Allah SWT telah rencanakan sesuatu yang lebih indah iaitu bisnes coklat bersama Chocodap’s. Alhamdulillah,” ucapnya syukur.

Rekod terbaik yang pernah dicatatkan iaitu jualan berkumpulan mencecah RM 32,000 pada Februari lalu. Hebat kan? Jual coklat pun boleh cecah lima angka ya!

Comments

  • No comments yet.
  • Add a comment